Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Mangsa Banjir Cecah 17,000 Orang, Bandung Diisytihar Darurat



BANDUNG: Pihak berkuasa Bandung semalam telah  mengisytiharkan darurat selepas banjir melanda wilayah berkenaan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin tinggi.

Menurut Ketua Agensi Kawalan Bencana Bandung Marlan. keputusan mengisytihar darurat bagi wilayah tersebut dilakukan ekoran keadaan banjir dikawasan itu bertambah buruk. Perintah darurat ini berkuatkuasa sehinga 29 Disember dan akan dilanjutkan jika keadaan memaksa.

Banjir melanda Bandung sejak beberapa hari lalu. Kerana itu adalah sesuai untuk mengisytiharkan darurat,” kata Marlan.

Menurut Marlan, di daerah Dayeuhkolot dan Baleendah, sekurang-kurangnya 17,000 sudah dipindahkan melibatkan 6,000 buah rumah ditenggelami banjir.

Selain itu, banjir situasi banjir di Jawa Tengah dan juga di Aceh tidak menunjukkan tanda-tanda pulih dengan beberapa kampung di wilayah Banyumas teah tenggelam kelmarin yang memusnahkan ratusan hektar kawasan pertanian.

Pemangku ketua agensi kawalan bencana wilayah, Prasetyo Budi Widodo berkata belum ada penduduk yang dipindahkan.

“Banjir yang melanda beberapa daerah di sini perkara biasa setiap kali musim hujan. Paras air masih belum di tahap mencemaskan. Tetapi tanah sawah sudah banyak yang tenggelam,” kata Prasetyo.

Manakala di Aceh pula, seorang penduduk mati selepas dihanyutkan arus deras Sungai Aceh sementara petani terpaksa memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan lebih tinggi di wilayah Aceh Besar.

Langkah itu diambil selepas keadaan banjir semakin buruk setelah air Sungai Aceh melimpah tebing.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Jumlah Baru Mangsa Banjir Meningkat Ke 120,000 Orang



Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri  terutamanya di Kelantan, Pahang, Terengganu dan perak meningkat pada petang ini di catatatkan semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan 118,896 orang.

KELANTAN masih mencatatkan rekod mangsa paling tinggi setakat pukul 3.00 petang tadi dengan mangsa banjir semakin meningkat kepada 45,467 orang dipindahkan berbanding 34,491 orang semalam.

Manakala di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir nampaknya telah betambah hari ini daripada 29,057 kepada 31,001 berikutan hujan lebat semalam.

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan  mangsa terus meningkat petang ini kepada 35,736 iaitu meningkat berbanding 28,578 yang dilaporkan semalam.

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 6,119 orang. Johor mencatatkan jumlah seramai 214, manakala di bahagian utara pula, Kedah dan Perlis masing-masing merekodkan jumlah 96 dan 263 mangsa.

Dari jumlah ini nampaknya bilangan mangsa banjir dan kawasan yang dinaiki semakin meningkat dan orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga. Jika banjir sudah hampir ke kawasan anda, anda dinasihatkan berbindah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana kebanyakkan tempat air naik dengan cepat.-Siakapkeli.com.my

\\
siakapkeli
Read more ...