Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Menakjubkan! Jambatan Khas Untuk Pejalan Kaki Ada Taman.


Ketika  ini Bandar London tengah mempersiapkan jambatan megah dan unik yang akan dikhaskan khusus untuk para pejalan kaki. Jambatan ini nantinya akan mempunyai taman  di atasnya, dan akan membentang di atas Sungai Thames yang terkenal.

Cadangan untuk pembinaan jambatan ini sudah diajukan sejak tahun 2012 lalu dan tinggal menunggu kelulusan dari Datuk Bandar London, kerana cadangan ini sudah diluluskan Borough of Lambeth dan Westminster Winston Council, dan jambatan ini akan dinamakan The Garden Bridge.

Menurut apa yang dirancangkan jambatan ini akan mula dibina pada akhir 2015 dan disasarkan untuk dibuka pada tahun 2018 akan datang.






Read more ...

10 Tahun Selepas Bencana Tsunami Di Aceh



26 Disember 2014, Aceh dilanda bencana Tsunami yang mengorbankan 286,000 orang. Sudah 10 tahun bencana itu berlaku, namun tragedi itu masih meninggalkan ‘parut kekal’ pada rakyat Indonesia, lebih-lebih lagi di kalangan mangsa.


Bandar Aceh yang mempunyai seramai 4.6 juta penduduk pada ketika itu boleh diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur apabila semua struktur musnah akibat dilanda ombak kuat setinggi sembilan meter yang menghentam wilayah yang majoritinya penduduk Islam.

Namun, setelah 10 tahun tragedi itu berlalu, kini Aceh berubah dan kembali membangun dan penduduknya juga bangkit.

Dipetik dari perkongsian di sebuah blog, kami paparkan keadaan terkini bandar Acheh setelah 10 tahun dilanda tragaedi yang tak dapat dilupakan itu.












Read more ...

Wednesday, December 10, 2014

GAMBAR TROLI BARANGAN YANG DIBELI SHAARNAZ AHMAD DI JEPUN MENGANDUNGI BEER?

Satu gambar menunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Jepun. Sekali pandang memang tidak ada yang tidak kena dengan gambar ini, namun apabila di zoomkan si satu bahagian, troli Sharnaaz mengandungi pek tin minuman.

 photo 105057gofz1xjojmk1kx0pjpgthumb.jpg

Ini mendorong  orang ramai bertanya milik siapakah pek tin tersebut, yang dikatakan merupakan pakej tin beer jenama Asahi yang terkenal di Jepun.

 photo 105057gofz1xjojmk1kx0pjpgthumb1.jpg

Perkara ini mula dibincangkan di beberapa forum Internet. Kedua-dua pelakon ini dikatakan berada di jepun untuk penggambaran drama ‘Suamiku Encik Sotong’.

 photo L001_4792.jpg

Apapun kita tunggu jawapan dari Sharnaaz nanti.
Sumber Kongsi : PenaMerah
Read more ...

Wanita Ini Bawa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Pesawat Menyebabkan Dia Di Halau

Pasti semua orang benci duduk di sebelah penumpang yang tidak menyenangkan dan tidak mesra, tetapi bagaimana jika anda berkongsi pesawat dengan babi.

Krew AS Airlines terpaksa meminta seorang wanita dan babinya untuk meninggalkan pesawat selepas haiwan itu mula membuang air besar di lorong kabin tidak lama selepas ia menaiki pesawat.

Rob Phelps menjelaskan bagaimana beliau mengalami sesuatu kejadian yang luar biasa sepanjang hayat kerana beliau ketika terbang pulang ke Washington dari Connecticut untuk menyambut hari Kesyukuran pada Khamis lalu.

Rob, 62, berkata, babi itu menjerit 'tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak', dan dikatakan  wanita itu bercakap kepada babinya seolah-olah ia seorang manusia. 'Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal, pesawat mula berbau, katanya kepada Mail Online.


dairishare

Read more ...

Jom Lihat Gaya Hidup Mewah Putera Mahkota Dubai (15 Gambar)

Putera Mahkota Dubai, Putera Hamdan bin Mohammed Al Maktoum, mempunyai kehidupan yang cukup menakjubkan. Kehidupan sepenuhnya dalam segala bidang. Dari akaun Instagram, anda boleh lihat sendiri bagaimana beliau membawa gaya hidup yang semua orang impikan.

















Kredit: Dairishare
Read more ...

Wajah 12 Hooligan Malaysia akan dicari sampai dapat oleh PDRM.


Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.

Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

"Polis kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan.

"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.-Harian Metro
Read more ...

AWAS... Bahaya Minum Teh Panas Dan Teh Ais Yang Mesti Kita Tahu !!!

  | Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais, ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais... Bahaya Minum Teh Panas... 


Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong... Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. 

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah. Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong... 

Bahaya Minum Teh Ais... Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya. Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. 

Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang... Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi... 

 Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang... Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .... Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut.... via cahayacintaku.
Read more ...

Tuesday, December 09, 2014

Menakjubkan Botol Plastik Dibuat Rumah

Tahukah anda kebijakan penduduk di sebuah kampung yang bernama Yelwa di Nigeria menggunakan bahan binaan yang murah untuk membina sebuah rumah hanya dengan menggunakan botol plastik adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak terfikir oleh kita yang menyangkan diri kita lebih bijak pandai dari mereka.

Kini lebih daripada 20 buah rumah telah dibina dengan botol plastik di kampung tersebut.



Setiap botol plastik diisi dengan tanah kering dan kemudiannya dipadatkan dengan kayu untuk membentuk sejenis 'bata' yang boleh diletakkan sebelah menyebelah dan di atas satu sama lain. Teknologi "botol bata" bermula di India, Selatan dan Amerika Tengah, satu cara pembinaan yang kos yang murah serta mesra alam.

Sumber karyaagungnetwork.blogspot.com
Read more ...

TENTSILE : KHEMAH TERGANTUNG BERTINGKAT (9 GAMBAR)

Semasa muda kami suka berkhemah di tengah hutan. Kini dah tua minat sudah tiada kerana sudah biasa dengan keselesaan di rumah. Tidur di atas tanah yang tidak rata sangat tidak menyeronokkan lagi. Oleh itu mungkin kami perlukan khemah Tensile yang boleh digantung 1.2 meter dari permukaan tanah. Boleh tidur seperti di atas hammock. Khemah ini juga boleh digantung bertingkat untuk seluruh anli keluarga. Setiap Tentsile mampu menanggung berat maksimum 400 kilogram. Jadi jangan risau jika anda gemok. 




Sumber Tentsile
Read more ...

Laman Web Rasmi FAM Digodam




Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam sebentar tadi dengan memaparkan tulisan berbahasa Vietnam.

Bagaimanapun, penggodam itu hanya menggodam interface hadapan dan tidak melibatkan database web tersebut.

Ini kemungkinan keran rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian semalam yang berlaku di Stadium Shah Alam Yang dicemari insiden keganasan.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Bagaimanapun pihak FAM telah menutup sementara laman web tersebut untuk mengubah kembali ke interface asal-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Monday, December 08, 2014

4 gambar tangkapan Ikan pari terbesar di dunia j

Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia telah dipecahkan oleh Pemancing dari England, Ian Welch. Ikan Pari Terbesar di dunia ini ditangkap di perairan Sungai Mekong, Thailand. Ikan yang ditangkapnya dipercayai Ikan Pari Terbesar Di Dunia. Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki. Menurut Ian Welch dia memerlukan selama 90 minit untuk menangkap Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke daratan dengan dibantu 13 orang lelaki. Aku rasa yang tangkap ikan pari ni orang Thailand, Ian Welch watak sampingan tapi dia yang ambil semua kredit. Biasa la orang puteh…Perincian berita ikan pari terbesar dunia ni ada di bawah. P/S: Dunia ini terdiri dari 70% laut dan 30% darat. Sedangkan darat pun tak habis kita jelajah, ini pula lautan. Banyak lagi makhluk Allah di lautan yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini. via i-malaysiakini.com.




om-fabulous
Read more ...