Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Thursday, December 25, 2014

Harimau Terlepas Dari Kandang di Zoo Taiping



TAIPING, 25 Dis -  Seekor harimau dilaporkan terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping dan Night Safari pada pagi ini (Khamis).

Kejadian yang terjadi pagi tadi dilaporkan berlaku ketika pintu pagar zoo tersebut masih lagi ditutup.

Menurut laporan dari The Star, sebenarnya dua ekor harimau yang berjaya meloloskan diri tetapi salah seekor darinya berjaya ditangkap menggunakan ubat penenang.

Laporan lanjut menyusul - Siakapkeli.com.my
Read more ...

Banjir 2014 : Maklumat Banjir & Cara Membuat Sumbangan


Disini kami tampilkan beberapa pautan yang mungkin berguna bagi mereka yang mahu mendapatkan informasi berkenaan banjir. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Info Paras Sungai 

Bagi yang mahu melihat paras air sungai atau taburan hujan, boleh melawat laman web dibawah :
http://infobanjir.water.gov.my/real_time.cfm

Status Jalan Raya
Bagi yang mahu mengetahui status jalan raya, boleh melawat laman web dibawah, dan klik pada negeri mana yang anda mahu.
http://bencanaalam.jkr.gov.my/v2/

Pendaftaran Sukarelawan (MKN)

Bagi yang mahu menjadi sukarelawan, boleh melawat & mendaftar menggunakan laman web MKN(Majlis Keselamatan Negara).
http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Volunteer

Saluran Bantuan Kewangan (SKMM)
Bagi yang mahu membantu dari segi kewangan, boleh berbuat demikian dengan menghantar SMS mengikut langkah dalam poster dibawah. Program ini dibawakan oleh MCMC & juga KKMM. Untuk butiran lanjut mengenai bantuan ini boleh layari : skmm.gov.my

Saluran Bantuan IAM (Islamic Aid Malaysia)
Bagi yang mahu menawarkan bantuan melalui NGO, boleh melakukannya melalui IAM. IAM merupakan satu pertubuhan NGO Islam.


Kesemua pautan yang kami sertakan adalah dari laman web kerajaan atau NGO bagi memastikan kesahihan informasi. Sekiranya ada informasi tambahan, kami akan kemaskini maklumat di dalam artikel ini. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

MH17 : Saksi Dakwa Pesawat Su-25 Pulang Tanpa Misil

Juruterbang yang dikatakan membawa pesawat Su-25 pada hari MH17 ditembak.

Walaupun tragedi MH17 sudah hampir setengah tahun berlalu, teka-teki siapakah yang menembaknya masih belum terjawab. Apa yang dapat dilihat hanyalah Rusia dan Ukrain saling menunding jari antara satu sama lain. Selain itu, sejak kebelakangan ini semakin ramai saksi tampil dengan mendakwa mereka tahu sesuatu tentang tragedi tersebut.

Terbaru, seorang saksi mendakwa sebuah pesawat pejuang Su-25 yang berlepas dari pengkalan di timur Dnipropetrovsk dengan membawa misil udara ke udara mendarat pulang ke pangkalan yang sama tanpa kelibat misil-misil berkenaan bersama pesawat tersebut pada hari pesawat MAS MH17 ditembak jatuh pada Julai lalu.

Menurut laporan dari media cetak Rusia, Komsomolskaya Pravda, saksi tersebut adalah salah seorang dari pekerja yang bekerja di pengkalan berkenaan. Menurut saksi itu lagi, pada 17 Julai, hari yang sama MH17 ditembak jatuh, tiga buah pesawat Ukrain berlepas dari pengkalan tersebut dan salah satunya adalah pesawat Su-25 yang membawa misil udara-ke-udara.

"Selepas seketika, salah satu dari pesawat(yang membawa misil) pulang... Ia pulang tanpa misil tersebut. Juruterbang kelihatan dalam ketakutan", kata saksi berkenaan. Menurut pekerja itu lagi dia pasti pesawat tersebut membawa misil udara-ke-udara bukan udara-ke-darat ketika berlepas.

Pekerja terbabit juga berkata dia masih ingat juruterbang itu berkata "the wrong plane(tersalah pesawat)" dan "the plane was in the wrong place at the wrong time(pesawat itu berada di tempat dan waktu yang salah)" selepas dia keluar dari pesawat.

Selain itu pekerja itu juga tidak menafikan kemungkinan juruterbang pesawat Su-25 itu terkeliru pesawat Boeing itu dengan pesawat ketenteraan. - Siakapkeli.com.my

Rakaman audio kenyataan saksi :
Read more ...

Friday, December 12, 2014

Gambar Wanita Tua Di Perlakukan Seperti Haiwan

Gambar seorang wanita tua di layan seperti haiwan. Gambar yang dimuat naik di Facebook pada hari Rabu (3/12) lalu memperlihatkan seorang pemuda yang berjalan-jalan dengan neneknya yang diikat dengan seutas tali. Layaknya seekor haiwan peliharaan, nenek tersebut hanya boleh bergerak menuruti tarikan tali yang dipegang oleh pemuda tersebut.

Menurut penjelasan orang yang memuat naik gambar tersebut, Carmen Neoh, foto tersebut diambil ketika beliau berada di Ximending, Taipei. Di pusat beli-belah tersebut, wanita tua hanya boleh berjalan mengikut tarikan tali yang dipegangnya.

Begitu ramai yang memberikan komen dan pendapat atas beredarnya foto tersebut. Ada yang mengutuk sikap si pemuda. Tapi ada juga yang beranggapan bahawa foto tersebut hanyalah rekaan belaka. 


Read more ...

Inilah Hotel Pelantar Minyak Pertama Dunia Di Sabah (19 Gambar)

Dahulu kita pernah digemparkan dengan (gambar ngeri pekerja di pelantar Sabah LINK). Hari ini mari lihat hotel di atas bekas pelantar minyak di perairan Sabah. Seaventures Dive Resort ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai. Ia terletak di perairan kepulauan Sipadan dan juga merangkap sebagai platform untuk peminat SCUBA. Ianya bukan hotel mewah kerana it is a refurbished rig. Tetapi ianya 100% unique kerana berapa ramai boleh kata mereka pernah tidur di atsa hotel platform menggerudi minyak.via Penpatah.





ejeninfoo
Read more ...

Guru dapat mesej lucah dari bekas anak muridnya

| "Rindu t***k cikgu" ....Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini. Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut. 


Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. 


Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya. Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam. via aans1. 

Apa pandangan anda?
Read more ...

Thursday, December 11, 2014

Pelik Gila! Lelaki 31 Tahun Ini Bercinta Dengan Wanita Berusia 91 Tahun.

Perbezaan usia antara lelaki dan wanita dalam sebuah hubungan merupakan sebuah perkara yang dititik beratkan. Biasanya, beza usia tersebut diantaraangka 1 hingga 10 tahun walaupun ada juga yang sampai 20 tahun. Lalu bagaimanakah jika perbezaan usia itu mencapai 60 tahun?

Seorang lelaki berasal dari Agusta, Georgia, Amerika Syarikat yang masih berusia 31 tahun ini ternyata mempunyai kekasih seorang nenek berusia 91 tahun. Keyle Jones, lelaki berambut pendek ini mengaku sangat mencintai kekasihnya, Marjorie McCool, meskipun perbezaan usia mereka terpaut sangat jauh.





Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Jones mengaku sangat menyukai lekuk garis leher serta kedutan di tubuh teman wanitanya. Ia sebenarnya telah tertarik dengan beberapa  wanita dan bahkan mengajak mereka untuk bertemu dengan ibunya yang berusia lebih muda, iaitu 50 tahun. Namun dalam  waktu 5 tahun terakhir, ia telah berkasih dengan nenek berusia 91 tahun tersebut.

Meskipun perbezaan usia mereka amat ketara. Namun keduanya tidak pernah berpisah untuk menjalin kemesraan seperti  remaja. Bahkan mereka juga mengaku masih aktif dalam melakukan hubungan intim.

Kyle memaparkan "Setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza-beza, sebahagian dari mereka suka (wanita) yang berambut perang, sebahagian yang lain suka dengan yang berambut coklat, sedangkan saya lebih suka wanita tua".

Setiap kali Keyle cuba mendekati wanita yang lebih tua, mereka selalu bertindak balas bahawa keyle dianggap terlalu muda. Tetapi ia selalu meyakinkan mereka bahawa mempunyai pasangan yang jauh lebih muda itu sangat menyenangkan.




Lelaki yang pernah bekerja di bidang telekomunikasi ini mengaku pertama kali tertarik dengan wanita tua saat usianya mencecah 18 tahun. Ia juga menggunakan laman web temu janji di internet untuk mencari wanita-wanita tersebut serta berbual dengan mereka. "sebahagian besar, rata-rata usia mereka antara 60 hingga 80 tahun" kata Keyle.

Kisah asmara dua sejoli yang mempunyai perbezaan umur 60 tahun ini bermula pada tahun 2009. Pada masa itu Keyle bertemu dengan nenek 91 tahun itu di sebuah kedai buku kemudian meminta nombor telefon. Wanita yang mempunyai enam anak dan telah bercerai selama 37 tahun itu pun bersetuju ajakan dating dari Keyle.

Awalnya Majorie cemburu kerana ia tahu bahawa Keyle telah mempunyai wanita lain selain dirinya. Tetapi Keyle berusaha meyakinkan Majorie bahawa ialah yang terbaik diantara yang lain. Wanita tua ini juga berkata bahawa hubungan mereka sememangnya hebat.

"Apabila orang-orang melihat kami beduaan, barangkali mereka berfikir bahawa ia (Keyle) adalah anak saya, atau mungkin cucu saya" kata Majorie. Sementara itu banyak wanita tidak percaya dengan mereka yang merupakan sepasang kekasih.

Tidak sedikit orang yang mengkritik hubungan mereka kerana Keyle dianggap hanya mengejar wang dan warisan dari wanita tersebut. Namun, nenek yang sudah memasuki usia senja tersebut membantahnya. Ia mengaku bahawa hubungan mereka terjalin atas dasar suka sama suka.

Ibunda Keyle, Ceceila Jones Clark yang mempunyai usia 40 tahun lebih muda dari kekasih anaknya tersebut mengaku tidak merasa pelik dengan hubungan mereka berdua. Ia berkata "Saya fikir banyak anak-anak yang jatuh cinta pada gurunya, jadi tidak ada perkara yang kelihatan aneh bagi saya"



gabancomel
Read more ...

Gambar Perubahan Dari Hodoh Menjadi Cantik Dan Menawan


"Ugly Duckling Syndrome" is when, as children, people are bullied for being ugly or awkward... but then eventually grow out of it. Here are people who, by luck or just hard work, grew out of their awkward stage and became ridiculously attractive.













dairishare
Read more ...

20 Kesilapan Dalam Filem "OMBAK RINDU" Yang Tidak Pernah Disedari Oleh Penonton

!!! | Walaupun filem ombak rindu telah lama ditayangkan , namun kehangatan jalan ceritanya itu menjadi gimik dan juga parody yang menjadi sebutan juga ingatan penonton Malaysia . Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.


Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.

“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut...

Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali....

“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.

“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek....

“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun....

“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut....

Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.

“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi....

Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana....

“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu...

Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut...

Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu....

“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya....

“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi....

Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016...
“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).

“Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu....via cahayacintaku.

Read more ...

Laluan Pejalan Kaki Yang Paling Ekstrem di Dunia.

 Jalan yang merupakan jalan yang dibuat untuk sampai ke tempat tujuan dengan cepat dan mudah. Di laluan pejalan kaki biasanya mempunyai saiz yang kecil. Pejalan kaki secara umum adalah di permukaan tanah, tetapi jika jalan itu ditebing bagaimana?

 Tarikan  Negeri China menawarkan destinasi pelancongan yang dikelaskan sebagai keterlaluan adalah jalan yang berada di tepi tebing. Tarikan ini terletak berhampiran gunung Huashan, Xian, China. Ini destinasi pelancongan ekstrem menawarkan jalan yang di atas ketinggian beribu-ribu meter di atas paras laut

Bagi pelancong yang gemar aksi melampau, jalan yang di gunung Huashan, Xian, China i mungkin mendebarkan  dalam hati.

Satu jalan yang ada di gunung Huashan, Xian, China telah dibuat pada 700 tahun yang lalu. Jalan ini telah dibuat dengan tujuan untuk manusia mencapai kemuncaknya. Setelah mencapai puncak gunung Huashan, Xian, China adalah mereka percaya bahawa mereka akan hidup selama-lamanya.



Bagi pelancong yang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti jantung dan paru-paru tidak dibenarkan untuk melalui jalan ini, sebagai tambahan kepada wanita yang mengalami haid juga tidak dibenarkan. Oleh kerana puncak atas Huashan, Xian, China ini adalah tempat yang suci agar wanita yang kotor tidak perlu berada di sana.
Jika anda seorang pendaki tegar. Laluan pejalan kaki yang ekstrem di gunung Huashan, Xian, China adalah pandakian yang tepat untuk anda.












Read more ...