Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Video : Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung


Indonesia - Dalam misteri kehilangan pesawat Airasia QZ8501  masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya.

Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas.

Menurut Henry, pesawat itu kini sudah mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung.

Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini. -Siakapkeli.com.my

siakakeli
Read more ...

Gambar Palsu Pesawat Airasia di Pulau Belitung Tersebar



Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan. Sehingga kini pesawat tersebut masih lagi dalam proses pencarian.

Walau bagaimanapun, kini terdapat satu gambar palsu yang beredar di media sosial dan aplikasi whatsapp yang memaparkan gambar sebuah pesawat air asia terhempas dan mendakwa itu lah pesawat yang hilang pagi tadi. Menurut sumber, gambar tersebut mula tersebar di portal-portal Indonesia.


Bagaimanapun, gambar itu sebenarnya gambar lama.

Gambar itu adalah dari kejadian pada tahun 2011 dimana pesawat airasia di dalam gambar itu tergelincir dari landasan di Kuching. Anda boleh membaca laporan mengenai kejadian ini diMelvister.


Sehingga kini, pesawat  QZ8501 masih lagi dalam pencarian. - Siakapkeli.com.my

Baca : Pesawat Airasia Dilapor Hilang Pagi Tadi
Read more ...

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu - Muhyiddin

Keadaan di sebuah sekolah di Kuala Krai ketika air naik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna. - BH Online


Kenyataan media oleh Muhyiddin

siakapkeli
Read more ...

Sunday, December 28, 2014

Najib Jelaskan Mengapa Beliau Main Golf dengan Obama



KOTA BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di Malaysia.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, jemputan tersebut telah disampaikan semasa Obama melawat negara ini pada April lalu dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal.

“Beliau mengajak saya bermain golf sekiranya saya mengadakan lawatan ke sana (AS) dan ia dipanggil sebagai ‘diplomasi golf’.

“Sepanjang saya berada di sana saya menerima laporan setiap hari mengenai keadaan banjir di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini semalam. - Kosmo!

Read more ...

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilapor hilang
Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”

Flightradar24dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.

Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Pesawat tersebut sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AirAsia, pesawat tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor+622129850801untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”

Dalam pada itu, pegawai Kementerian Pengangkutan, Hadi Mustofa Djuraid memberitahu stesenMetro TVIndonesia bahawa pesawat meminta laluan “luar biasa” sejurus sebelum terputus hubungan, namun tidak mengulas lanjut.

"Cuaca buruk pada sekitar lokasi pesawat terputus hubungan. Kami baru menerima laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Kebangsaan, geofizik dan agensi klimatologi," kata Hadi.

Seorang pegawai daripada agensi penyelamat Indonesia, Tatang Zainudin juga memberitahuMetroTVyang juruterbang mungkin berdepan situasi cuaca buruk.

Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.

Katanya, radar tentera udara melaporkan cuaca ketika itu sebagai mendung, menurutSydney Morning Herald.

Portal berita SingapuraThe Straits Timesmelaporkan bahawa Tentera Singapore RSAF akan menghantar sebuah pesawat C130 bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang itu.
Read more ...

Saturday, December 27, 2014

3 GAMBAR LANGIT DI KELANTAN YANG SANGAT MENGERIKAN

 !!! | Beginilah keadaan langit di Kelantan yang sungguh mengerikan. Foto yang ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial kini viral di facebook...Apa pendapat anda? Yang penting, sama-sama kita doakan mereka dipermudahkan urusan dan dilindungi oleh Allah SWT.. Amin. via segenapdimensi.



om-fabulous
Read more ...

Tahukah Anda Barangan Kulit Dari China Di Perbuat Dari Kulit Anjing


Sarung tangan, kasut dan barang-barang yang diperbuat daripada kulit yang dijual di kedai-kedai di UK atau secara online telah didedahkan bahawa produk kulit yang diperbuat daripada kulit anjing yang disembelih dan disiat dengan cara yang mengerikan di kilang-kilang di China.

Menurut kumpulan pembela hak asasi haiwan, Kulit anjing tersebut dihasilkan di rumah pemotongan haiwan yang digunakan untuk produk dengan label kulit sebenar. Produk-produk tersebut bertujuan untuk di eksport ke negara-negara Barat,

Rakaman yang diambil oleh People for Ethical Treatment of Animals (PETA) menunjukkan para pekerja yang berdiri di depan pintu di sebuah rumah sembelihan yang terletak di wilayah utara Hebei, kelihatan seekor anjing melewati pintu kurungan dan dibunuh menggunakan sebatang kayu.

Pasukan penyiasat PETA Asia telah menemui bukti bahawa industri ini sekurang-kurangnya menguliti 100-200 ekor anjing per hari. Dalam video mengerikan tersebut secara terperinci memperlihatkan anjing-anjing yang disiat dalam keadaan masih hidup.

Industri daging anjing di China kini mula dipersoalkan, namun banyak pelanggan di seluruh dunia tidak menyedari bahawa industri kulit anjing sebegitu kejamnya. Tidak ada peraturan, membuat sebahagian besar pengguna tidak  mengetahui, adakah dompet atau aksesori yang mereka miliki diperbuat dari kulit anjing atau tidak.

PETA juga menyarankan orang ramai untuk membuat alternatif yang lebih berperikemanusiaan dan menganjurkan untuk membeli barang-barang dari kulit sintetik di mana tidak ada haiwan yang kurang bernasib baik.

Note: Berhati-hatilah ketika kita membeli barangan kulit kerana kemungkinan barangan kulit yang datang dari negara China mungkin di perbuat dari kulit anjing. Kita sebagai umat islam adalah di larang menyentuh anjing apatah lagi memakai barangan yang dia perbuat dari kulit anjing.



           
dairishare
Read more ...

Video Keadaan Banjir Buruk Di Kelantan Disember 2014

Video Banjir Di Kelantan Disember 2014

Video Keadaan Banjir Yang Buruk Di Kelantan Disember 2014. Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini, 26 Disember 2014.
Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi. Daerah Kuala Krai dan Bandar Kota Bharu antara yang dilanda banjir yang teruk.

Berikut antara video youtube keadaan banjir di Kelantan yang amat kritikal. Moga mereka yang dilanda banjir tabah menghadapi dugaan Allah ini.
Bagi rakyat Malaysia yang sudi memberikan bantuan wang atau barangan, boleh layari di Tabung Bantuan. 
Video Keadaan Banjir Di Kelantan Disember 2014




rossacalla

Read more ...

Friday, December 26, 2014

Fenomena Matahari Di Tengah Malam Di Finland

Lapland adalah sebuah wilayah di Finland yang mempunyai keluasan wilayah 98.946 km² dan penduduk seramai 187.777 orang pada tahun 2002. Ibu kotanya ialah Rovaniemi.

Wilayah ini mempunyai fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. Kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama 24 jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini dipanggil midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari pada tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini.

Perkara ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan bermain golf selama 24 jam.

Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Letaknya bersempadan dengan pergunungan sempadan Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Selain bermain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lain yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah.

Tidak seperti resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukan.

Perkara ini disebabkan fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat, pada yang sama masih mempunyai salji untuk para pemain ski. Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia.




dairishare

Read more ...

Ritual Ngeri Yang Terdapat Di India Buat Anda Rasa Pelik

Puasa merupakan salah satu kegiatan keagamaan di beberapa agama di seluruh dunia. Namun, ada beberapa budaya mempunyai ritual puasa yang ekstrem. Bahkan orang yang berpuasa tersebut sehingga meninggal dunia.

Ritual 'Santhara' ini merupakan sebahagian daripada Jainisme, salah satu agama tertua di dunia. Para peserta dikehendaki untuk mengangkat sumpah untuk berhenti makan sehingga mereka benar-benar meninggal.

Menurut kepercayaan ini, cara tersebut untuk membersihkan diri daripada karma buruk dan mencapai 'Moksha' yakni, pembebasan dari kitaran duniawi kematian dan kelahiran semula. Setiap tahun, ratusan Jainisme di India membuat sumpah berat ini. Menariknya, lebih dari 60 peratus daripada peserta adalah perempuan. Kaum perempuan diyakini lebih keras kepala daripada lelaki.
Dalam agama Jainisme, ritual ini lebih banyak dilakukan oleh orang yang sakit kuat, tetapi orang yang sihat juga boleh mengambil bahagian. Ketika peserta merasa bahawa dia telah memasuki tahap akhir dalam hidupnya, ia boleh meminta izin dari teman-teman, keluarga dan guru untuk melakukan Santhara. Setelah disetujui, peserta akan berpuasa dari makan dan minum secara beransur-ansur. Selama masa itu dia perlu belajar untuk melepas hasrat duniawi. Jika dia tidak mampu, bererti dia telah mengagalkan sumpahnya dan perlu segera berhenti berpuasa.

Hingga saat ini, satu-satunya orang yang berjaya menjalani Santhara hingga rekod 87 hari iaitu sami berusia 60 tahun bernama Sadhvi Charan pada tahun 2009. Maklumat ini diterbitkan di akhbar tempatan dan dianggap peristiwa penting bagi para Jain. Amalan Santhara diikuti oleh puluhan ribu orang di seluruh dunia, kira-kira 20 ribu orang mengikuti proses kematian Sadhvi Charan.

Berpuasa hingga ajal adalah perkara yang sangat susah dilakukan, harus menahan segalanya dari kehidupan duniawi. Hal ini banyak menjadi pertentangan kerana berbeza dengan apa yang kita percayai, namun begitulah kehidupan ritual di India.
dairishare
Read more ...

Jumlah Baru Mangsa Banjir Meningkat Ke 120,000 Orang



Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri  terutamanya di Kelantan, Pahang, Terengganu dan perak meningkat pada petang ini di catatatkan semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan 118,896 orang.

KELANTAN masih mencatatkan rekod mangsa paling tinggi setakat pukul 3.00 petang tadi dengan mangsa banjir semakin meningkat kepada 45,467 orang dipindahkan berbanding 34,491 orang semalam.

Manakala di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir nampaknya telah betambah hari ini daripada 29,057 kepada 31,001 berikutan hujan lebat semalam.

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan  mangsa terus meningkat petang ini kepada 35,736 iaitu meningkat berbanding 28,578 yang dilaporkan semalam.

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 6,119 orang. Johor mencatatkan jumlah seramai 214, manakala di bahagian utara pula, Kedah dan Perlis masing-masing merekodkan jumlah 96 dan 263 mangsa.

Dari jumlah ini nampaknya bilangan mangsa banjir dan kawasan yang dinaiki semakin meningkat dan orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga. Jika banjir sudah hampir ke kawasan anda, anda dinasihatkan berbindah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana kebanyakkan tempat air naik dengan cepat.-Siakapkeli.com.my

\\
siakapkeli
Read more ...

Thursday, December 25, 2014

PT3 : Ibu Bapa Salahkan Menteri Keputusan Hancur




Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!

Itulah luahan beberapa ibu bapa pelajar yang baru menerima keputusan PT3 yang baru dikeluarkan hari ini.

Menurut seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan secara mengejut dari PMR ke PT3 tidak patut dilakukan.



Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya memettik laporan dari MalaysiaGazette

Ibu tunggal berkenaan yakin sekiranya PMR dikekalkan pada tahun ini, keputusan anaknya akan lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan PT3 yang amat mengecewakan.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.


Bagi Fatimah Jais(gambar bawah), sepatutnya penukaran dari PMR ke PT3 dikaji dan dilaksanan secara berperingkat.



Ibu bapa seperti diper*****kan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti mem *****kan ibu bapa dan pelajar.

Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

“Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegas Hairi.

Menurut Hairi, dia bimbang pelakar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar yang tidak berkualiti untuk masa hadapan.

Sistem PT3 telah diumumkan oleh kementerian pada bulan tiga tahun ini bagi menggantikan sistem PMR yang digunakan sebelum ini. Pertukaran secara mendadak ini telah membuatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa khususnya.  - Siakapkeli.com.my

Sumber : malaysiagazette
Read more ...

Inilah Terjadi Bila Isteri Dapat Tahu Suami Kahwin Lain


Berita ini patut dibaca lelaki yang ingin berkahwin lagi. Jangan meremehkan kemarahan isteri yang enggan dimadukan.

Kejadian yang berlaku hujung minggu lalu di Ibu Kota Kuwait. Seorang wanita, yang tidak disebut identitinya, nekad mencalarkan body kereta Porsche Carrera GT 91 milik suaminya.

Body, bemper, hinggalah cermin belakang di calarkan untuk balas dendam. Dia marah besar kerana dapat tahu bahawa suaminya berkahwin lagi. Dan wanita itu meninggalkan sebuah pesanan "Selamat atas isteri barunya."

Pasti si suami terpaksa memerlukan kos pembaikan amat besar. Jiran tetangga mengabadikan foto kereta yang jadi korban balas dendam dan memuatnaik di Facebook. Beberapa orang menyokong tindakan si perempuan, dan sebahagian lagi mengkritik.

dairishare
Read more ...