Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Saturday, January 28, 2017

'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union



   'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union.Selain itu, di juga berkata' Lebih banyak tentera dan kereta berperisai diletakkan disempadan. Perkara ini menimbulkan ketegangan antara satu sama lain.



  Disamping itu, beribu askar Amerika Syarikat telah di hantar ke eropah timur baru-baru ini,
Ini merupakan satu gerakkan yang dilakukan semenjak berakhirnya perang sejuk 'Cold War'
.Walaupun Amerika Syarikat pernah membuat persetujuan untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear mereka , perkara ini seperti telah bertentangan setelah Presiden Trump mula menghidupkan semula sejata nuklear yang pernah dibuang .Perkara ini telah melanggar polisi yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat


Image:  Mikhail Gorbachev
Mikhail Gorbachev

  Presiden Trump juga memberi tahu bahawa beliau berminat untuk mengembangkan senjata nuklear Amerika Syarikat . Walaupun perkara ini bertentangan dengan polisi Amerika .


Read more ...

Friday, January 27, 2017

Berita tergempar Kumpulan Illuminati mula membuat 'Website' secara public




Kumpulan Illuminati sering dikenali sebagai golongan elit yang mengawal dunia ini.
 
  Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu laman sesawang yang mengenalkan dirinya sebagai "Real Illuminati" dan mengatakan bahawa kami sentiasa memerhatikan kalian semua . Laman sesawang yang mendapat lebih 14000 pengikut itu mempunyai juta lawatan daripada penduduk seluruh dunia
  Di dalam laman sesawang ini anda dapat mempelajari dan mengetahui ape yang dapat ditawarkan kepada pengikut Illuminati . Anda juga boleh mendapatkan berita terbaru dalam dunia Illuminati.
  Selain itu, organisasi ini juga mempunyai akaun Twitter yang diikuti oleh ramai pengikut.
Jika perkara ini benar,maka tenyatalah wujud organisasi yang dikatakan mengawal dunia ini
 
Read more ...

Thursday, June 09, 2016

Ada Yang Marah Saya Kata "Kenduri Kawin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki", Mari Saya Bagi Cadangan - Perunding Hartanah


Setiap pasangan yang berkahwin, sudah semestinya menginginkan yang terbaik pada hari perkahwinan mereka, ada yang mahu dilakukan besar-besaran sehingga memerlukan belanja puluhan ribu ringgit dan ada yang tidak kisah mengadakan kenduri ikut kemampuan sendiri.

Ada juga keluarga pihak pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang tinggi tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri dan ada juga segelintir ibu bapa pihak perempuan menggunakan wang hantaran untuk diadakan kenduri.

Ketahuilah yang menyediakan kenduri kahwin itu sebenarnya tanggunjawab ibu bapa, tidak kisah lah mampu atau tidak, jika tidak mampu, adakan kecil kecilan berdasarkan kemampuan kita.

Ini kerana wang hantaran berkenaan seeloknya dirancang untuk kehidupan anak selepas berkhawin dan tinggal bersama psangan mereka iaitu menantu kita sendiri.

Dikongsikan panduan untuk menguruskan wang hantaran sebaiknya oleh perunding hartanah, Saudara Azizul Azli Ahmad, beliau terlah berkongsikan satu tips yang cukup berguna kepada pasangan yang baru atau akan berkahwin diluar sana.

Jom kita baca.


PANDUAN GUNA DUIT HANTARAN

1. Bila ada yang marah marah dan hantuk kepala bila saya kata "Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki", izinkan saya beri cadangan.

2. Jika hantaran kita RM15 000, takkan kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto saja.

3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.

4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira hutang yang berjela jela.

5. Tetamu makan tak habis buang merata rata. Bakal suami himpun duit RM15 000 sampai nak keluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.

6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu 'kewajipan' ibubapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.

Jika tak mampu kata Ustaz Kazem buat makan nasik lemak sahaja

7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?


8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100k lagi.

9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10%).

10. Bayaran lawyer, jurunilai, setem hasil sekitar RM3700 sahaja. Jumlah semua RM13700 dan masih da baki RM1300 lagi.

11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tak da lagi mintak tambah RM700 bagi jadi RM2000.

12. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1000)

13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia.

Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.

14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.

15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.

16. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan nak 'poyo' sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.

17. Masyarakat Kelantan Terengganu dah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama lama 😂. Saya lagi suka

18. Rancang duit hantaran nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu 'upload' dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja.

Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah


Siakapkeli.my
Read more ...

Wednesday, March 16, 2016

8 Benda Yang Boleh Anda Beli Jika Berhenti Merokok Mulai Hari ini



RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.

Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.

Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.

Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.


1 - Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)
Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.

2 - Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)
Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada.

3 - Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)
Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.



4 - Jika anda berhenti selama 6 bulan  : (RM 3,111)
Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena 'topup' RM88 atau tahan lagi seminggu.



5 - Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)
Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.


6 - Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)
Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor.


7 - Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)
Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji.


8 - Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)
Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.

Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.


Siakapkeli
Read more ...