Home > All posts
Monday, November 06, 2017
Friday, November 03, 2017
Sebab Yahudi Merasakan diri mereka adalah pemilik layak untuk tanah Palestin
Konflik antara dua negara ini bermula semenjak 1940-an . Secara umumnya ia bermula pada tahun 1948 ,tahun itu merupakan tahun dimana negara israel secara rasminya ditubuhkan .
Penduduk israel yang majoritinya beragama yahudi mempercayai bahawa mereka adalah pemilik yang sebenar dan layak untuk tanah tersebut. Terdapat 4 faktor utama yang menyebabkan mereka percaya bahawa itu adalah hak mereka.
- Tuhan telah menjanjikan tanah ini untuk mereka
- Orang yahudi yang duduk dan memajukan tanah tersebut
- Komuniti antarabangsa telah membenarkan mereka untuk menduduki tanah tersebut
- Mereka memenangi peperangan yang dikatakan sebagai peperangan untuk menahan diri.(perang arab -israel 1948)
Sepatutnya komuniti antarabangsa mengambil perkara ini secara serius , Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sepatutnya mengambil tindakkan secara adil . Kita tahu bahawa salah satu negara yang mempunyai kuasa veto dalam mana-mana keputusan dalam majlis ini merupakan kawan akrab negara israel ,tetapi sepatutnya negara tersebut iaitu negara amerika syarikat yangs selama ini berpegang pada demokrasi sepatutnya menunjukkan sifat dan semangat demokrasi,dengan tidak menveto keputusan yang bertentangan dengan keiinginan mereka .
Lawatan Putera Charles semperna ulangtahun 60 tahun hubungan antara Malaysia dan United Kingdom
Putera Charles tiba dengan pesawat tentera udara diraja ,yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang 2 November .
Pasangan Diraja itu akan melawat pelbagai lokasi di dalam Malaysia . Lawatan akan bermula daripada 2 November dan berakhir pada 8 November .
Thursday, November 02, 2017
Lagu yang menghina Ayat Al-Quran dengan menjadikan Al-Quran bunyilatar
Umat islam dikejutkan dengan tindakkan seorang ahli muzik yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai muzik latar. Masa admin tengah tulis artikel ni , yang dislike video ni dah dekat 127 ribu dah
Kita tak tahu niat pemuzik ini, tapi memang langsung tak sesuai dan sungguh biadab tindakkan tersebut. seperti kita tahu muzik video ini saja cukup tidak beradab , lalu diletakkan bunyi seakan -akan ayat Al-Quran yang sememangnya bertentangan dengan apa yang terdapat dalam video tersebut
Admin mintak jasa baik semua orang yang prihatin untuk buat report terhadap video tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=8XKZa8GgIyA
Harga Minyak Naik sebanyak 4 sen ,Berkuat Kuasa pada 2 November 2017
Monday, October 30, 2017
Barack Obama,Bekas Presiden Amerika Syarikat menjadi Juri di Chicago .
Sunday, October 29, 2017
Parlimen Catalonia mengumumkan kemerdekaan Republic of Catalonia
Pada tarikh 27 oktober 2017 , Catalonia telah mengumumkan kemerdekaan mereka . Parlimen Catalonia berjaya melapaskan satu bil yang akan menubuhkan Republic of Catanolia.
Read more ...
Bil itu berjaya lepas dengan undian 70 bersetuju ,10 tidak bersetuju dan 2 undi kosong. Walaupun bergitu Sepanyol masih tidak mengiktiraf kemerdekaan mereka . Perdana Menteri Sepanyol ,berkata dalam akaun twitter beliau , bahawa semua penduduk harus tenang ,dia akan membawa undang-undang kepada Catalonia.
Ramai penduduk berasa gembira dengan keputusan parlimen Catalonia, mereka berasa gembira kerana mereka merasakan bahawa diri mereka sudah merdeka daripada negara Sepanyol
Liverpool bejaya menewaskan Huddersfiled dengan keputusan 3-0, Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris
|
| ||||||||||
|
| ||||||||||
|
|
|
Kes Pembunuhan Kennedy akan didedahkan oleh Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan mendedahkan tentang maklumat tentang pembunuhan JFK iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh. Beliau mengatakan bawaha beliau akan mendedahkan segala maklumat tentang pembunuhan tersebut kecuali , maklumat tentang individu yang masih hidup.
Selepas berbincang dengan Jeneral Kelly, CIA dan agensi-agensi Saya bersetuju untuk mendedahkan dokumen tersebut, Kata beliau
Friday, October 27, 2017
Bajet 2018 :Kutipan tol akan dimansuhkan pada tol-tol yang terpilih
Bajet baru-baru ini iaitu BAJET 2018 dikatakan sebagai BAJET PRU14. Antara intipati yang cukup menarik dibincangkan adalah . Pemansuhan kutipan tol ,di tol-tol yang terpilih .
Dengan pembelanjaan sebanyak RM3.9b terhadapa subsidi barangan,pengakutan, elektrik dan tol. Kerajaan Malaysia akan memansuhkan kutipan tol di Batu tiga dan Sungai Rasau Selangor,Bukit kayu hitam ,Kedah dan Eastern Dipersal Link, Johor. Pemansuhan ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2018
Kematian Gaddafi rancangan Amerika Syarikat ,pencerobohan keadilan .
Bila kita cakap pasal pemimpin Libya yang bernama Gaddafi pasti kita akan ingat dia sebagai seorang pengganas yang menindas rakyatnya. Sedar atau tidak , tindakkan serangan media barat terhadap Gaddafi bermula apabila beliau mencadangkan untuk menggunakan emas sebagai mata wang untuk melakukan transaksi penjualan dan pembelian emas. Setelah cadangan itu diutarakan oleh beliau ,negara-negara barat seperti Amerika Syarikat mula menyerang Gaddafi dan melabelkan dia sebagai seorang pemimpin kejam yang bertindak kejam.
Persoalannya apakah tindakan Gaddafi sehingga , negara barat ingin menyerang beliau
- Cadangan untuk menggunakan emas sebagai matawang mengantikan USD.
- Mengecam atau mengutuk tindakkan negara Amerika Syarikat yang menyerang negara Iraq.
- Tidak melakukan hutang dengan bank dunia walaupun sedikit.
Tindakkan ini bukanlah satu tindakkan yang jahat , tetapi tindakkan ini sangat tidak disukai oleh Amerika Syarikat . Amerika Syarikat yang dikatakan telah menaja pengganas Al-Qaeda untuk menentang kerajaan Gaddafi . Kita dapat lihat apabila bantuan yang dihantar oleh amerika syarikat terhadap pengganas di Benghazi.
Pengganas yang menawan Benghazi pada satu ketika dahulu merupakan kumpulan Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden ,Osama Bin Laden yang dibunuh oleh Amerika Syarikat dikatakan sebagai musuh kepada komuniti dunia dan Amerika Syarikat sendiri. Sedangkan Amerika Syarikat sendiri yang menaja penubuhan Al- Qaeda.
Segala pemberontakan yang berlaku di Libya berpunca daripada cetusan Amerika Syarikat . Bagaimana pemimpin yang disokong oleh majoriti penduduk libya ini dikatakan sebagai diktaktor . Rakyat mencintai Gaddafi . Tetapi akibat fitnah dan manipulasi Amerika Syarikat , hilang seorang pemimpin hebat
sambungan - Hubungan ISIS dan Al-Qaeda
Monday, October 23, 2017
Kerajaan dicadangkan untuk meningkatkan harga rokok 50rm sekotak
'
Ahmad Sarapudin yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia mencadangkan kenaikan harga rokok pada perbentangan Bajet 2018 ini ,agar remaja dan belia akan sukar mendapat barang tersebut kerana harga yang mahal .
Beliau mengatakan bahawa apabila beliau melakukan dengan mana-mana NGO , rokok merupakan satu punca utama kepada masalah berkaitan dadah, anak luar nikah dan HIV
Jadi dengan meningkatkan harga rokok kepada 50RM , penggunaan rokok dikalangan remaja akan berkurangan , seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada penggunaan rokok.
Read more ...
Ahmad Sarapudin yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia mencadangkan kenaikan harga rokok pada perbentangan Bajet 2018 ini ,agar remaja dan belia akan sukar mendapat barang tersebut kerana harga yang mahal .
Beliau mengatakan bahawa apabila beliau melakukan dengan mana-mana NGO , rokok merupakan satu punca utama kepada masalah berkaitan dadah, anak luar nikah dan HIV
Jadi dengan meningkatkan harga rokok kepada 50RM , penggunaan rokok dikalangan remaja akan berkurangan , seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada penggunaan rokok.
Masalah Politik dan Demokrasi Malaysia
Satu soalan yang admin nak korang jawab , ahli politik kat Malaysia nak berpolitik untuk negara atau politik untuk parti masing-masing.Masalah pada hari ini kita tahu yang Malaysia negara berdemokrasi . Bila kita sebut pasal demokrasi semua kata itu cara paling bagus untuk pilih pemimpin.
Kalau korang tahu pasal Socrate yang merupakan seorang ahli falsafah yang berasal daripada barat . Dalam buku Republic Of Plato , Socrate pernah cakap pasal masalah demokrasi . Definisi demokrasi datang daripada perkataan yunani iaitu demos iaitu orang dan kratia yang bermaksud kuasa. Secara literal nya bermaksud kuasa orang. Jadi kita tahu demokrasi ni dia lebih kepada permintaan majoriti rakyat akan menjadi tujuaan kerajaan.
Dalam buku Republic Of Plato , Socrate ade bertanya kat plato jika kita ingin memilih kapten kapal ,siapakah yang layakk memilih kapten kapal tersebut . Adakah semua orang atau hanya orang yang mempunyai ilmu tentang perkapalan saja yang boleh memilih kapten tersebut.
Jika kita lihat analogi tersebut , socrate menyatakan tentang kelemahan demokrasi yang melayakkan setiap orang satu undi. Setiap orang yang layak mengundi ,undi nya dikira sebagai satu undi.
Masalahnya disebabkan kebanyakkan ahli politik pada hari ini menggunakan konsep sweet shopper dan doktor . Semua ahli politik lebih rela menjadi sweet shopper yang akan menjanjikan segala-gala yang baik didengar namun, buruk akibat nya berbanding doktor yang merawat orang dan memaksa membuat sesuatu yang tidak disukai orang ramai namun disebabkan kebaikkan orang tersebut.
Kita tidak boleh nafikan pengundi di Malaysia masih tidak berfikir dengan wajar . Kita asyik bersyukur dengan yang ada. Kita rasa demokrasi ni dah cukup baik dah .
Artikel seterusnya admin akan tulis pasal mana keadilan dalam demokrasi
Erdogan Kemunculan Zaman Empayar Uthmaniyah Generasi Kedua Bahagian 2
Bahagian 1
Selepas referendum itu telah diluluskan , Presiden Recep Tayyip Erdogan merasakan dirinya mula dilantik sebagai khalifah kepada Empayar Uthmaniyyah yang baru . Sultan baru untuk Khalifah Islam.
Seperti yang dikatakan dibahagian satu . Kuasa yang dibesarkan melalui referendum ini memberiikan Erdogan kuasa yang cukup besar . Setelah menang dengan kemenangan tipis,iaitu 52% .Erdogan memulakan langkahnya dengan pergi melawat ke makam pemimpin-pemimpin Kerajaan Uthmaniyah. Beliau juga melawat makam Sultan Selim I. Lawatan dan tindakkan itu seakan-akan menunjukkan beliau ingin mengambil tanggungjawab Kesultanan Empayar Uthmaniyah dengan menjadi seorang Presiden yang mempunyai kuasa yang cukup besar.
Sultan Selim I yang berjaya menjadi Khalifah Islam setelah beliau berjaya ,mengalahkan kesultanan Mamaluk dan seterus nya berjaya menawan Mesir,Mekkah dan Madinah .
Sambungan Bahagian 3
Sunday, October 22, 2017
MH370: Malaysia masih tidak berputus asa, Malaysia ingin membuat perbincangan semula terhadap pelan pencarian kapal terbang tersebut
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mempertahankan hak wanita Muslim berpurdah .
Kanada: Perdana Menteri Kanada ,membuat komen terhadap tindakan Quebec yang melepaskan undang-undang untuk menghalang wanita untuk memakai pakaian yang menutup muka. Beliau berkata bahawa kerajaan sepatutnya tidak patut menghalang atau memberitahu tentang apa yang boleh dan tidak boleh dipakai untuk seorang wanita.
Pada hari rabu minggu lepas perundangan itu telah dilepaskan dengan undangan majoriti daripada badan pembuat undang-undang negeri itu . Badan itu telah dikritik setelah membuat undang-undang sedemikian. Ia dikritik ,kerana ia dikatakan mempunyai niat untuk menyasarkan Wanita Muslim yang berpurdah , kerana kita tahu majoriti wanita yang memakai pakaian menutup muka adalah Wanita yang beragama Islam.
Trudeau memberi tahu bahawa ,kerajaan pusat akan melihat semula undang-undang yang dibuat oleh badan Quebec tersebut. Dia tahu meskipun kerajaan Quebec /kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melepaskan undang-undang sedemikian . Tetapi beliau ingin memastikan semua undang-undang yang dilepaskan berdasarkan asas hak asasi manusia.
"Undang- undang ini hanya menyasarkan sesebuah kumpulan dan budaya sahaja" yang dikatankan oleh salah seorang penunjuk perasaan
Keputusan 1-1 Melayakan Skuad Malaysia Tigers ke Final Piala Asia.
sumber:Bharian
Pasukan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri pada perlawan dengan korea selatan untuk mara ke final ,berjaya apabila Faizal Shaari berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan korea selatan . Perlawan ini bermula dengan korean selantan mendahului dengan pukulan sudut penalti yang berjaya diambil oleh Yang Jihun. Ini memberikan sinar harapan kepada Korea Selatan untuk mara ke Final Piala Asia,namun harapan tinggal harapan apabila Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59
Keputusan seri ini memberikan Malaysia tiket untuk menempah tempat di Final Piala Asia.Perlawan Final ,Skuad Malaysia Tigers harus bertemu dengan pasukan India .
Wechat Pemangkin kepada masalah sosial di Malaysia
Aplikasi :Wechat
Kita boleh lihat daripada sifat keterbukaan yang ada pada aplikasi ini sehingga ia menjadi cukup mudah untuk mengenali orang baru tanpa bertemu sekali pun. Seperti sedia maklum ,wechat mempunyai kemudahan seperti :
Mencari kawan melalu pesanan ringkas melalui botol , selain itu aplikasi ini juga memberikan anda untuk mengenali orang baru disekeliling anda. Pada hari ini saya bukan nak menafikan kebaikan apliksi ini . Tetapi disebabkan sifat keterbukaan yang melampau ,menyebabkan ia menjadi medium untuk ' Sex Predator ' mencari mangsa.
Kalau kita lihat lihat kes terhadap statistik serangan terancang terhadap kanak-kanak . Wechat menjadi juara dengan bilangan 138 kes . 138 Kes yang berkaitan dengan aplikasi ini menunjukkan bagaimana ,aplikasi ini mampu menjadi pemangkin kepada masalah sosial di Malaysia.
Memang tiada kayu ukur untuk kita kira masalah sosial . Tetapi cukup lah dengan adanya peningkatan terhadap serangan seksual cukup membuktikan bahawa terdapat masalah sosial.
video yang menjadi inspirasi kepada admin ,menunjukkan masalah ini semakin membarah
Saturday, October 21, 2017
Erdogan :Kemunculan Zaman Empayar Uthmaniyah generasi kedua ? Bahagian 1
Artikel ini akan membincangkan tentang kemungkinan kelahiran semula Empayar Uthmaniyah dibawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan. Bila kita bercakap tentang kegemilangan Islam pasti Empayar Uthmaniyah akan menjadi perbualan semua orang . Kegemilangan Empayar ini yang mampu merampas ibu kota Empayar Rom timur iaitu Constatinople memberikan satu kemenangan dan kebanggaan yang cukup besar bagi umat Islam, tetapi sejarah tinggal sejarah . Semua kegemilangan Empayar Uthmaniyah hilang setelah berakhirnya perang dunia pertama
Empayar Uthmaniyah
Seperti sedia maklum Empayar Uthmaniyah merupakan empayar terakhir islam yang pemimpinnya menjadi Khalifah untuk umat Islam diseluruh Dunia. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan Kekuasaan Khalifah adalah berpunca daripada Mustafa Kemal Atatürk
.
Dunia demokrasi dikejutkan dengan referundam yang dicadangkan oleh Recep Tayyip Erdogan yang bakal memberikan kuasa yang cukup kuat untuknya memimpin Turki. Erdogan yang merupakan pemimpin yang berlandaskan Islam mempunyai cita-cita untuk menukarkan negara turki daripada negara sekular menjadi negara yang berlandaskan Islam yang maju. Selepas Erdogan berjaya menghalang perampasan kuasa pada 2016 dia mencadangkan satu referundum yang akan memberikan kuasa untuk seorang presiden untuk :
Source :Youtube Turkey Is Now An Islamic Caliphate In All But Name |
Akan bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...