Monday, June 04, 2018

Gaya Rambut untuk Raya Tahun ini mengikut bentuk muka2018

Jenis : Short + Texture Cadangan Gaya : 1) Textured Crop 2) Crop + Fringe 3) Messy Short Crop 4) Short Haircut for Curly Hair 5) Wavy crop

1) Textured Crop - Textured Crop adalah rupa yang segar dan moden yang berfungsi untuk kebanyakan jenis rambut. Ianya boleh meringankan rambut tebal, pukal sehingga rambut halus atau nipis dan sesuai untuk lelaki dengan rambut ikal dan keriting.





















2) Crop + Fringe - Gaya ini mempunyai potongan tepi yang pendek atau lebih tebal dipotong atau dipakai ke satu sisi. Gaya ini juga mempunyai jambul yang dipotong separuh ke dahi




3) Messy Short Crop - Pemotongan dan gaya ini lebih menfokuskan untuk lelaki dengan rambut halus atau nipis atau bahkan garis rambut yang tdak kelihatan. Lapisan, tekstur dan gaya messy menambah efek rambut penuh pada rambut anda




4 ) Short Haircut for Curly Hair - pilihan gaya yang menarik dan mudah untuk lelaki dengan rambut versi gaya fade yang tinggi meninggalkan banyak gelombang di atas sambil mengekalkan keseimbangan sisi dan belakang .



5) Wavy Crop - Potongan ini mempunyai signature wave, tekstur dan juga jambul.





Jenis : Taper Cut Gaya : 1) Side Part Hairstyle 2) Taper haircut for Curly Hair 3) Taper + Neck Fade 4) Short Taper Haircut 5) Textured Sweep Back


1) Side Part Hairstyle - Trend rambut potong tirus merupakan perkara yang seiring kepada populariti gaya fade. Jika anda mahu sesuatu yang berbeza, cuba gaya gunting klasik ini.




2 ) Taper Haircut for Curly Hair - Selain ianya sesuai dengan rambut yang lurus , gaya ini juga berfungsi untuk rambut kerinting dengan kemasan gaya yang tidak terlampau serabut





3) Taper + Neck Fade - Gaya ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut ikal dan beralun. Ianya akan membolehkan anda untuk mengayakannya dengan mudah dan rambut yang beralun seperti gelombang akan menonjolkantekstur yang menarik.



4) Short Taper Haircut - Potongan tirus bagi rambut pendek dan panjang sederhana. Versi ini juga mempunyai gaya fast fade pada garis leher untuk membuatkannya tampak bersih




5) Textured Sweep Back - Rambut panjang sederhana dengan potongan rambut tirus dan bertekstur.







Jenis : Medium Length Hair Gaya : 1) Side Part Hairstyle 2) Heavy crop + Mid Fade 3) Textured Bangs 4) Messy Styling 5) Textured Slick Back


1) Side Part Hairstyle - Lebih dikenali dengan gaya rambut hipster dengan gaya rambut beralun tebal ke tepi, ianya masih popular dan releven untuk digayakan




2) Heavy Crop + Mid Fade - Potongan rambut gaya cool ini berbeza dengan versi lama, kalini pemotongan heavy crop dengan mid fade untuk membuat rambut kelihatan lebih tebal dan lebih bertekstur di atas.



3) Textured Bangs - Gaya yang menonjolkan jambul rambut dibawa ke bahagian depan . Potongan ini mempunyai banyak ciri tekstur penuh di tepi, di depan dan pudar di bahagian belakang.



4) Textured Sweep Back + High Fade ( Messy Styling ) - Untuk menonjolkan rambut yang tebal , gaya ini mempunyai tekstur chunky dengan bantuan High Fade di bahagian tepi rambut




5) Textured Slick Back - Gaya lipatan rambut yang dibawa kebelakang telah lama digayakan sejak hari-hari yang diinspirasi oleh Mad-Men. Pada masa kini ianya kelihatan lebih panjang, lebih tinggi dan lebih bertekstur.





Jenis : Pomp-Inspired Hairstyle Gaya : 1) Short Pompadour 2) Textured Pompadour 3) Sweep Back 4) Pomp Fade


1) Short Pompadour - Gaya hangat yang pernah menjadi trend suatu masa dahulu juga masih releven untuk digayakan sehingga sekarang. Pompadour boleh digayakan apabila rambut mempunyai panjang sekurangnya 2″.





2) Textured Pompadour - Gaya cool ini menggabungkan tekstur moden dengan rambut yang di curl bagi menunjukkan gaya vintaj




3) Sweep Back - Versi sweep back ini menonjolkan gaya loose dan matte tetapi masih mempunyai ketinggian pam bagi gaya pompadour



4) Pomp Fade - Pomp Fade adalah gaya moden dan popular untuk penggemar pompadour. Potongan rambut ini juga boleh digayakan seperti gambar kedua sebagai rupa alternatif






Tetapi sebagai peringatan anda perlu mengenal pasti bentuk muka dan kepala anda terlebih dahulu sebelum memilih gaya rambut agar ianya tidak kelihatan jaggal dan tidak sesuai buat diri anda.


-Walter BarberShop twitter thread
Read more ...

Taniah Rakyat Malaysia , Tabung Harapan berjaya mengumpul sebanyak 30 Juta

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng 'mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma ' Setakat hari ini tabung ini berjaya mengumpul sebanyak 30 juta ringgit Malaysia . Tabung harapan ini merupakan satu  cara sistematik yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memberi laluan kepada sesiapa yang ingin memberi derma dan juga bantuan kepada negara ini . 


Jumlah ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia menyokong tindakan kerajaan yang ingin membantu untuk mengurakan hutang negara yang dikatakan sudah mencapai tahap yang merisaukan .
-Allz
Read more ...

Sunday, June 03, 2018

"Calon terbaik Presiden UMNO ialah Khairy Jamaludin" kata Dr Mahathir

Tun Dr.Mahathir yang menghadiri mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon ,berpendapat bahawa Khairy Jamaludin merupakan calon yang paling layak untuk menerajui UMNO. UMNO yang hilang hala tuju setelah mengalami kekalahan besar pada PRU14 ,telah kehilangan tampuk pemerintahan pusat yang selama ini telah di terajui oleh Barisan Nasional selama enam abad .



Pada 22 Mei, Pemangku Presiden parti itu iaitu Zahid Hamidi juga berkata bahawa semua jawatan tertinggi UMNO akan dipertandingkan . 


Bagi Allz tindakkan itu cukup wajar , kerana tindakkan itu mampu untuk memberi semangat baru dan hala tuju baru untuk parti UMNO, selain itu parti itu juga perlu bermuhasabah dan mulakan satu perjuangan yang lebih teguh . Ingat kembali apakah tujuan UMNO ditubuhkan
Read more ...

Majlis Raja-Raja Melayu tegas menyokong Penderian YDPA untuk memilih Peguam Negara yang berbangsa melayu Islam

KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.
Putrajaya dan Istana tegang kerana calon peguam negara baharu Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.
Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.
Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.
Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana. 
Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.
The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.
Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.
Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.
Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.
Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.
"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – 2 Jun, 2018.

-The Malaysian Insight
Read more ...

Faiz Roslan ingin Bunuh Diri ? dakwa kawan baiknya

Image result for faiz roslan


Bulan Ramadhan ini dikejutkan dengan banyak tindak tanduk pengguna media sosial . Siapa yang tak kenal instafamous yang baru-baru ini yang mendapat kecaman netizen akibat perlakuannya yang tidak bergitu beradab ,menyebabkan satu kecaman besar terhadap instafamous ini . Dia yang hilang daripada dunia media sosial dengan mengatakan bahawa dia ingin rehatkan diri daripada media sosial
. Tetapi baru-baru ini terdapat khabar angin daripada kawan baiknya sendiri bahawa ,instafamous ini mula menunjukkan tanda-tanda ingin melakukan perbuatan yang terkejji itu .



Adakah netizen Malaysia sudah melampau dalam tindakkan menegur sehingga menyebabkan remaja berumur 18 tahun ini berasa dibuli dan ingin melakukan perbuatan terkutuk ini. Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan yang lebih matang dalam hal ini , kerana kita tahu perbuatan yang dilakukan memang salah , tetapi tindakkan untuk terus mengecam untuk membenci individu ini adalah salah . Kerana individu ini masih muda dan seharusnya ini menjadi ikhtibar kepada kedua-dua belah pihak


Bila kita menegur kita membenci perbuatannya bukan individunya.



Read more ...

Saturday, June 02, 2018

Sampai bila maknya-maknyah ni nak bemaharajalela kat media sosial ni

   Bulan Ramadhan ni banyak ujian yang ditempuh oleh umat islam .Baru-baru ini melayu dikejutkan dengan tindakkan seorang Instafamous yang mula menadi terkenal apabila membuat dua tindakkan yang tidak wajar ,nama yang lebih dikenali sebagai faiz roslan. banyak tindak tanduknya menimbulkan kemarahah netizen ,contohnya.
Image result for faiz roslan
1. dia menari satu tarian yang seksi dengan memakai pakaian wanita


 2.mengaku tidak solat dan tidak berpuasa


Apa je tindakkan yang boleh dilakukan pihak berkuasa, kenapa tindakkan ini masih tidak dapat pandangan pihak berkuasa. Ramai pulak yang mempertahakan golongan ni , aku tak mencemuh mereka tapi tak perlu tunjjukan kemungkaran diri tu .

Masalah sekarang ni korang sendiri yang menjemput agar dibenci .

Golongan maknyah ni menggunakan nama hak asasi manusia untuk terus bukan kerja tah apa-apa ni. Ada beza menjadi diri sendiri dan membuat provokasi . Bila kau guna hak asasi manusia untuk buat benda yang ditentang agama memang kerajaan tak boleh buat apa-apalah sebab dia sendiri menggunakan undang-undang untuk mempertahakan diri .

Dalam hal ini seharusnya netizen membenci tindakkan ini , tetapi tidaklah mengkaburkan mata sepenuhnya, kerana keimanan ada pasang surutnya, Setiap individu ada kebaikan dan kejahatan dalam dirinya,

Jadi sebagai umat islam kita seharusnya memperkasakan undang-undang islam, tetapi jangan sekali terus menghina satu individu atas kesalahannya, tetapi kita menghina lah tindakkan yang keji tersebut


-ALLZ

Read more ...

Monday, May 21, 2018

Kes Altantuya bakal terdedah? Sirul mahu bekerja sama

KUALA LUMPUR: Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, 45 yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, hari ini, menawarkan diri untuk mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan wanita itu jika dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baharu Malaysia.
SIRUL Azhar. - Foto fail NSTP
Sirul yang kini dalam tahanan di Brisbane, Australia selepas melarikan diri dari negara ini pada 2015, menegaskan bahawa dia diarahkan oleh 'individu penting' untuk membunuh wanita itu.
Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.
Kes pembunuhannya adalah aspek paling menggemparkan dalam skandal membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis pada tahun 2002.
Portal berita Malaysiakini.com dalam wawancara hari ini menyatakan bahawa Sirul bersedia membantu kerajaan baharu Malaysia dalam kes kapal selam itu.
"Saya bersedia membantu kerajaan baharu bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku jika kerajaan sekarang menjanjikan pengampunan penuh kepada saya," kata Sirul yang dipetik dari Malaysiakini.
Sementara itu, agensi berita Reuters pula melaporkan kemungkinan siasatan pembunuhan model Mongolia 12 tahun lalu dibuka mungkin mendatangkan masalah kepada Najib ketika kerajaan baharu meneruskan siasatan rasuah terhadapnya.
Presiden Mongolia baru-baru ini memohon pemimpin baharu Malaysia menegakkan keadilan untuk Altantuya, sementara pegawai polis yang disabitkan membunuh mangsa berkata, dia sedia bekerjasama dengan sebarang siasatan baharu jika diberikan pengampunan penuh.
Dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, dua pegawai polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati, namum persoalan siapa yang mengarahkan mereka membunuh Altantuya masih tidak berjawab.
Ketika pembunuhan itu, Najib adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Beliau menafikan pernah mengenali Altantuya, namun misteri itu terus menghantui karier politik beliau. - AFP/Reuters / Berita Harian
Read more ...

Friday, May 18, 2018

Kemungkinan Punca Kekalahan Barisan Nasional di Negeri Sembilan

During the 14th General election, Barisan Nasional have lost most of the sit in the Malaysia, we can see most of their stronghold have been collapsed, For example Sabah, and Johor and Negeri Sembilan. Negeri Sembilan have been fall to Pakatan Harapan after Pakatan Harapan manage to form a government with 20 sits in the state assembly on 14th General election, while Barisan Nasional only manage to get 16 sits.



After the result, most of the media user show their concern toward the former First Minister who had to get out from the official house of First Minister, people show their grievance as most of them believe that the former First Minister which people always call him as ‘Tokmat’ . The picture of that great leader get out from his official house made a ‘media boom’, it is a result of many post on Instagram, Facebook and Twitter which show their concern.

How could this happen, while most of the citizen vote for Pakatan Harapan , but still there are many citizen who show his or her sadness because of this event. Do they really want to change state government or they just want to topple the federal government which is full of accusation of corruption?

Today my methodology is very simple, firstly I will show the differences  between the vote for the federal government and for the state government. According to data which I hava been collected through the legitimate website which is ‘http://pru14.spr.gov.my’.


BEZA UNDI BN DI PARLIMEN DAN DUN ( PARLIMEN-DUN)
P.126
63
P.127
-225
P.128
-2611
P.129
-863
P.130
-3868
P.131
Tidak lengkap
P.132
-4543
P.133
-193
JUMLAH
-12240
Figure1.1
 Following figure 1.1, we can see the differences of the vote, most people tend to vote for BN candidate at the state assembly member while vote for PAS or PH for parliament stage. This number show that mostly the people still willing to vote for the former state government which is BN government. But why they don’t just vote for BN for state stage while Vote for other at the parliament stage. My hypothesis is most of the voter still confuse between the parliament and the state stage. To prove this hypothesis, I use the online survey (data still in progress). From this data we can perceive whether the hypothesis could be accepted or not.


(Last Updated 3.32 AM 13/5/2018 – Allz)
Read more ...

Saturday, April 21, 2018

Avicii Mati Pada Umur 28 Tahun di Oman


   Avicii yang merupakan DJ musik elektronik telah disahkan mati di Oman Pada 20 April 2018. Punca kematiaan masih tidak diketahui . Tetapi ramai yang tahu bahawa Avicii memang mempunyai masalah kesihatan semenjak 2016 lagi. Sehingga dia terpaksa berhenti untuk melakukan jelajah muzik beliau. Tim Bergeling atau lebih dikenali Avicii telah membuat pembedahan terhadap beberapa organ yang rosak akibat meminum minum alkohol secara berlebihan.

   Ramai, orang menunjukan perasaan simpati dan kasihan diatas pemergian ,DJ muda ini. 





Read more ...

Thursday, April 19, 2018

Keputusan Mahkhamah tinggi, Nurul Izzah menang saman fitnah terhadap anggot MT Umno RM1 juta

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan 'puteri Sulu' Jacel Kiram.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ismail dan Khalid masing-masing membayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin turut mengarahkan mereka membayar kos berjumlah RM80,000, dan membenarkan injunksi melarang mereka mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.
Faizah berkata, Khalid telah memfitnah Nurul Izzah ketika beliau dalam satu acara di masjid Bukit Aman pada 22 Mei 2015 memberitahu hadirin bahawa Nurul Izzah bertemu dengan musuh negara yang membunuh anggota keselamatan.
Bagi Ismail Sabri (gambar) pula, Faizah berkata beliau membuat fitnah pada hari sama dalam majlis berkhatan anjuran Umno Bahagian Bera. Ismail Sabri adalah ketua Umno Bahagian itu.
Dalam acara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sementara itu mendakwa Nurul Izzah telah mengkhianati negara dan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan boleh dipenjara bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).
"Kenyataan itu memberikan pandangan buruk terhadap plaintif dan menyebabkan beliau berdepan kebencian dan cemuhan," kata pesuruhjaya kehakiman itu.
Faizah berkata mahkamah tidak dapat menerima hujah Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub - yang mewakili Khalid dan Ismail Sabri - bahawa perkataan "saya kira" dan "saya anggap" yang digunakan Ismail Sabri telah merendahkan "tahap" fitnah yang diutarakan.
Beliau berkata Khalid (gambar) dan Ismail Sabri sepatutnya tahu Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan tiga hari sebelum itu, iaitu pada 19 Mei, yang menyatakan kekesalannya ekoran penyiaran gambarnya bersama Jacel di media.
Gambar itu diambil di sebuah forum di Filipina yang dihadirinya.
Gambar itu pertama kali dimuat naik oleh Jacel sendiri, dan mencetuskan kecaman orang ramai dan komen daripada Khalid dan Ismail Sabri.
Nurul Izzah kemudian menfailkan saman pada November 2015.


Malaysiakini
Read more ...

Monday, April 16, 2018

Sufian Suhaimi kena Friendzone dengan Instafamous (Sharifah Rose) ?



Dari gambar ni kita boleh lihat yang Sufian suhaimi yang cuba berjenaka dengan Instafamous iaitu Sharifah rose yang baru mengalami masalah perhubungan dengan penyanyi terkenal Ismail Izani. Tindakkan ini mungkin satu gurauan , tapi kita boleh buat konklusi kalau betul-betul Sufian nak cuba tackle Instafamous ni , ia akan bertemu dengan kekecewaan *(Friendzone).

Read more ...

Sunday, April 15, 2018

Tindakkan Presiden Trump yang boleh mengundang perang dunia Ketiga

    Sabtu yang lalu, pakatan antara tentera antara Perancis,Amerika Syarikat dan United Kingdom telah membuat satu serangan terhadap pangkalan tentera Bashar Al-Assad . Serangan yang menggunakan peluru pemandu ,itu menyasarkan fasiliti yang menyimpan , membuat dan mengagihkan senjata kimia yang digunakan tentera rejim tersebut. Serangan itu merupakan satu tindakkan tindak balas apabila Rejim tersebut menggunakan senjata kimia terhadap penduduk tersebut

   Tentera Syria , berkata bahawa terdapat sebanyak 110 peluru berpandu ditembak ke arah mereka , namun mereka berjaya menembak jatuh majoriti daripada bilangan tersebut . Tetapi tidak dinafikan masih ada beberapa peluru berpandu yang terkena sasaran yang di sasarkan . 

   Setelah serangan itu ,dikatakan berakhir ,Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat perjumpaan secara mengejut untuk membincangakan tentang serangan tersebut. Dalam perbincangan tersebut , PBB menyeru agar negara yang terlibat agar tidak mengambil tindakkan terburu-buru , bagii mengurangkan ketegangan antara mereka yang dapat mengancam keselamatan dunia



   Bagi Allz tindakkan sebergini dapat menggugat keamanan dunia . Setelah tindakkan ini dikecam teruk oleh dua ahli tetap dalam Majlis keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu ,iaitu China.
Read more ...

Wednesday, April 11, 2018

Kenapa kita tak boleh halang perbuatan LGBTQ

    Assalamualaikum dan hai , hari ini tajuk kita , kita akan bincangkan tentang isu masalah perbuatan LGBTQ . LGBTQ ini merupakan satu istilah untuk menggambarkan satu golongan yang mempunyai keinginan seksual yang unik daripada manusia biasa.

LGBTQ terdiri daripada singkatan Lesbian,Gay,Bisexual,Transgender dan Queer. Dalam isu LGBTQ ini ramai negara seperti negara-negara di Eropah contohnya, German dan Netherland. Negara eropah yang mempunyai prinsip yang teguh dalam hak asasi manusia mengatakan bahawa pilihan untuk memilih adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. 

   Jadi hujah yang selalu digunakan oleh golongan ini adalah, mereka meinginkan supaya hak asasi mereka dipenuhi. Selepas perang dunia kedua , badan antara kerajaan seperti Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mula menegakkan hak asasi manusia . Antara hasil yang dapat dihasilkan melalui diskusi ini mereka akhirnya berjaya menterai satu dokumen yang dipanggil sebagai United Nation Declaration of Human Right , dokumen ini merupakan satu dokumen yang digunakan bagi menjaga hak asasi manusia dan sebagai panduan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan tentang hak asasi manusia.

   Jadi hujah yang cukup mudah , mereka selalu menggunakan hak asasi manusia untuk mempejuangkan hak mereka untuk bebas memilih apa sahaja yang diingini , kerana itu merupakan satu daripada hak asasi manusia. Hak asasi manusia merupakan hak yang diperolehi oleh manusia dan tidak boleh ditarik darinya oleh mana-mana entiti .


  Sambungan bahagian dua berkaitan  nilai moral .
Read more ...

Tuesday, April 10, 2018

MATI SEBELUM AJAL (Bahagian 2) Maruah dan kehidupan


 Assalamualaikum dan hai , hari ini Allz nak bincangkan balik pasal ayat "Mati Sebelum Ajal ". Kalau kita lihat balik zaman sekarang ni ,kita dah hilang banyak elemen kehidupan. Di ingatkan semula ,kehidupan bukan semata-mata  nya . Maruah juga merupakan sebahagian elemen dalam kehidupan. Tanpa maruah seorang itu kata dikatakan kehilangan sebahagian daripada kehidupannya.



"When it come to human dignity, we cannot compromises"  (Angela Merkel, n.d.)

  Ayat diatas ,secara terang-terangan menunjukkan betapa pentingnya maruah seseorang dalam diri manusia .Kita boleh lihat dalam dunia sebenar bagaimana ,apabila seseorang itu diambil maruahnya, secara tidak sengaja kita mengambil sebahagian kehidupannya. Kerana seseorang manusia layak untuk hidup dengan bermaruah.

   Bila sebut pasal maruah , ia amat berkaitan dengan harga diri . Untuk lebih pengetahuan tentang harga diri Boleh baca (Artikel ini).

   Sesetengah manusia sanggup mengadaikan maruah mereka untuk mendapatkan benda yang lain yang penting dalam kehidupan . Kehidupan ini terdiri daripada elemen-elemen yang dinyatakan dalam (bahagian 1). 

   Allz akan gabungkan topik ini kedalam artikel baru yang berkaitan tentang harga diri.


  

Read more ...