Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Ahli Parlimen United Kingdom mengutuk tindakan Presiden Trump

     Tindakkan Presiden Trump yang membuat polisi untuk menghalang 7 negara daripada memasuki Amerika Syarikat merupakan satu tidakkan yang dianggap rasis. Polisi baru negara itu menyebabkan ramai ahli politik seluruh dunia mengutuk tindakan tersebut .

    Mereka mengatakan bahawa negara tersebut tidak akan menjadi lebih kuat atau baik jika terus menggunakan polisi tersebut . Selain itu, tindakan itu hanya menyababkan negara yang dikatakan negara bebas itu mendapat kurang tarikan daripada pelabur luar dan hanya digeruni oleh negara-negara lain. 

   Tindakkan mengahalang 7 negara tersebut yang majoritinya negara Islam menyebabkan . Presiden Trump dilabelkan sebagai Islamophobia.

    Selain itu negara United Kingdom yang merupakan negara yang dikatakan sebagai sahabat kepada negara Amerika Syarikat , ahli parlimen United Kingdom mengutuk perbuatan tersebut . Ini menunjukan bahawa negara Amerika Syarikat mempunyai polisi yang bertentangan dengan ahli politik di negara United Kingdom





Read more ...

Monday, January 30, 2017

Tahukah anda menjadi Presiden Amerika Syarikat lebih berbahaya daripada pembalak

Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan yang tertinggi dalan pentadbiran negara besar itu. Siapa yang menjadi Presiden Amerika Syarikat dikirakan sebagai orang yang paling berkuasa didunia.

  Presiden Amerika Syarikat mempunyai peratus untuk mati daripada pekerjaan lain . Dikatakan Presiden Amerika Syarikat juga mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mati daripada pembalak

  Contohnya , Presiden Amerika Syarikat yang mati dibunuh John F. Kennedy yang dibunuh di dalam perarakan. Presiden itu mati dibunuh dengan penembak hendap .

  18.18 peratus untuk seseorang presiden itu mati dibunuh didalam perkhidmatannya . 4 orang Presiden mati dibunuh , manakala selebihnya mati secara semula jadi . Jni bermakna 9% Presiden yang berkhidmat mati dibunuh. 

Senarai presiden Amerika Syarikat

Read more ...

Obama mengkhianati Israel?

Pada 26 Disember 2016 . PBB telah mengutarakan satu resolusi , yang mengancam perbuatan negara haram Israel yang membina pertempatan haram di tebing barat di Palestine.

  Walaupun Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa veto tidak mengambil tindakkan untuk menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang resolusi tersebut . Pertama kali dalam pentadbiran Amerika Syarikat yang diketuai oleh Barack Obama , membuat satu tindakkan yang menyebabkan Israel iaitu negara perintis bagi Amerika selama ini dikecam .

  Walaupun ,sekarang ini Trump sudah mengambil tampuk pemerintahan Amerika Syarikat , dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana resolusi itu telah dipersetujui . Meskipun dia boleh membuat pembatalan terhadap resolusi tersebut ia tidak dapat untuk mengubah apa-apa . Kerana negara veto yang lain pasti akan menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalangkan pembatalan resolusi itu berlaku

  Tindakkan yang dilakukan ini menyebabkan orang mempersoalankan , dimanakah Obama berdiri di dalam isu Palestine dan Israel

Read more ...

Saturday, January 28, 2017

Isu Israel dan Palestin ,salahkah Israel ?


Apabila kita berbincang tentang isu Palestin dan Israel pasti banyak pendapat yang saling bercanggah .Pro Palestin akan terus menyalahkan Israel manakala Pro Israel akan menyalahkan Palestin . Persoalannya sebelum kita pergi kepada topik utama dalam perbincangan ini . Kita harus tahu perberzaan antara Yahudi dan juga zionis

Yahudi - adalah agama kepercayaan yang diturunkan kepada bangsa yahudi

Zionist - Satu ideogi golongan yang ingin mewujudkan negara Israel yang dikawal oleh yahudi negara orang yahudi

Zionist beranggapan bahawa tanah Baitul Maqdis itu merupakan tanah yang dijanjikan kepada orang yahudi . Jika kita fikir secara rasional , bolehkah kita meminta atau merampas sesebuah tanah itu dengan alasan bahawa ia telah dijanjikan untuk kita .

  Sepatutnya warga eropah yang dipenuhi dengan orang ateis yang intelektual perlu lebih rasional . Malangnya mereka lebih bersikap prejudis dan terus menghukum orang Islam sebagai perampas . Seharusnya kita perlu berfikir secara rasional . Kerana kita tidak boleh menyokong sesebuah keputusan berdasarkan satu kepercayaan satu pihak sahaja . Itu tidak adil. Malangnya kita dapat lihat bagaimana , ideologi yang kononnya berteraskan agama yahudi iaitu zionist disokong ,walaupun tiada bukti yang releven bahawa mereka layak untuk tanah tersebut.

  Keadilan dalam dunia pada hari ini bukan seperti dahulu ,keadilan pada hari ini adalah pendapat yang dipersetujui oleh kuasa besar dunia . Keadilan pada hari ini sudah lari terpesong . Jika ia sudah dipersetujui oleh kuasa besar sudah cukup untuk kita katakan sebagai adil tidak kiralah ramai nyawa tergugur sama sekali

  Seharusnya dunia pada hari ini yang dipenuhi dengan orang intelektual perlulah menbuat keputusan yang wajar . Tapi malangnya mereka sudah buta hati meskipun celik di mata buta di hati .
 
Read more ...

'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union



   'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union.Selain itu, di juga berkata' Lebih banyak tentera dan kereta berperisai diletakkan disempadan. Perkara ini menimbulkan ketegangan antara satu sama lain.



  Disamping itu, beribu askar Amerika Syarikat telah di hantar ke eropah timur baru-baru ini,
Ini merupakan satu gerakkan yang dilakukan semenjak berakhirnya perang sejuk 'Cold War'
.Walaupun Amerika Syarikat pernah membuat persetujuan untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear mereka , perkara ini seperti telah bertentangan setelah Presiden Trump mula menghidupkan semula sejata nuklear yang pernah dibuang .Perkara ini telah melanggar polisi yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat


Image:  Mikhail Gorbachev
Mikhail Gorbachev

  Presiden Trump juga memberi tahu bahawa beliau berminat untuk mengembangkan senjata nuklear Amerika Syarikat . Walaupun perkara ini bertentangan dengan polisi Amerika .


Read more ...

Friday, January 27, 2017

Berita tergempar Kumpulan Illuminati mula membuat 'Website' secara public




Kumpulan Illuminati sering dikenali sebagai golongan elit yang mengawal dunia ini.
 
  Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu laman sesawang yang mengenalkan dirinya sebagai "Real Illuminati" dan mengatakan bahawa kami sentiasa memerhatikan kalian semua . Laman sesawang yang mendapat lebih 14000 pengikut itu mempunyai juta lawatan daripada penduduk seluruh dunia
  Di dalam laman sesawang ini anda dapat mempelajari dan mengetahui ape yang dapat ditawarkan kepada pengikut Illuminati . Anda juga boleh mendapatkan berita terbaru dalam dunia Illuminati.
  Selain itu, organisasi ini juga mempunyai akaun Twitter yang diikuti oleh ramai pengikut.
Jika perkara ini benar,maka tenyatalah wujud organisasi yang dikatakan mengawal dunia ini
 
Read more ...

Thursday, January 26, 2017

German membawa masuk askar ke Lithuania menakutkan Russia

Lithuania - Kumpulan petama askar German dan Lithunia tiba ke Lithuania pada hari selasa yang lalu .
  Sekumpulan pegawai German telah mendarat di ibu negeri Vilnus untuk meletakkan batilion askar dengan kekuatan seramai 1200 orang yang diikuti dengan ahli NATO
  Perkara ini amat merisau kan pihak Russia . 

Pada pendapat admin perkara ini amat mencemaskan apabila kuasa kuasa besar mula menunjukkan angkatan tentera Malaysia
  MALAYSIA yang merupakan negara ZOPFAN diharapkan dapat menghindarkan Malaysia daripada peperangan disebabkan proksi
Read more ...

Amerika Syarikat terancam kerana Berita tergempar Korea Utara Bersedia mencuba peluru berpandu antara bernua 'ICBM'

pyongyang - "Korea Utara bersedia mencuba peluru berpandu antara benua pada bila-bila masa "menurut pegawai tinggi Korea Utara apabila ditemu ramah oleh NBC News

  Jika ujian itu berjaya , ia merupakan satu langkah yang besar untuk merealisasikan impian Pyongyang untuk menjatuhkan senjata nuklear ke atas negara Amerika Syarikat .

  Selain itu, dimaklumkan bahaya teknologi yang digunakan pada hari ini lebih jauh maju daripada yang dianggap oleh warga dunia . Perkara ini memberikan kebimbangan kepada warga dunia

Read more ...

Wednesday, January 25, 2017

Kenyataan mengejutkan !! anak Michael Jackson berkata 'Dia dibunuh'

Anak perempuan Michael Jackson yang bernama Paris Jackson menyatakan dan percaya bahawa ayahnya telah dibunuh dalam kemalangan 2009 yang lalu .

Penyanyi tersebut mati disebabkan pengambilan anestetik yang kuat secara berlebihan . Disebabkan perkara itu doktornya Conrad Murray disabitkan kesalahan dalam pembunuhan

Dia iaitu Paris Jackson percaya bahasa ramai yang ingin melihat kematian ayahnya , dan dia mahu membawa semua individu tersebut ke muka pengadilan . Walau bagaimanapun nama suspek dirahsiakan

Read more ...

Wednesday, December 07, 2016

Gempa Bumi 6.5 Skala Ritcher Menggegarkan Bandar Aceh



Sekurang-kurangnya seorang meninggal dan puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas Banda Aceh, Indonesia telah dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.5 Skala Ritcher subuh tadi.

Memetik laporan Straits Times,  Gempa bumi berkenaan melanda kira-kira jam 5:03 pagi tadi waktu tempatan atau 6:03 pagi waktu Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku pada waktu subuh di beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Muslim bersedia untuk solat subuh, kata pegawai tempatan.

Beberapa warga luka tertimpa bangunan akibat gempa 6,5 SR di Ulee Glee Pidie Jaya Aceh 7/12/2016.
Pembesar Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua telah meninggal dunia, mungkin akibat serangan jantung, dan ada kebimbangan untuk berpuluh-puluh dipercayai terperangkap di dalam rumah rosak.

"Beberapa rumah kedai dan rumah telah runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih terperangkap di sana," Achmad, ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.

"Kami telah menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan orang-orang yang terperangkap," katanya.


Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) berkata, beberapa bangunan telah musnah akibat gempa bumi dan usaha untuk merawat mangsa yang cedera sedang dijalankan.

"Beberapa rumah dan rumah kedai di Pidie Jaya telah runtuh, terdapat penduduk yang cedera, usaha sedang dijalankan untuk menangani kesan gempa bumi," kata Dr Sutopo Purwo Nugroho, yang mengetuai Bahagian Maklumat Data dan pada BNPB.

No  threat to Australia from mag 6.6  to the north of Sumatra, Indonesia. Latest info at http://www.bom.gov.au/tsunami 
Gempa bumi ini dikatakan tidak berpotensi terjadinya tsunami. - Siakapkeli.my












Read more ...

Sunday, January 04, 2015

Suami Hodoh ‘Diceraikan’ Isteri



Gambar Hiasan

PATNA - INDIA. Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

“Dia terlalu hodoh.  Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan. - Sinar Online
Read more ...

Saturday, January 03, 2015

VIDEO: SISTEM SONAR KESAN BANGKAI PESAWAT QZ8501 DI DASAR LAUT JAWA

Sistem Sonar

Jakarta – Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang selepas mendapat imej sonar yang besar, merupakan objek gelap terdampar di dasar laut.
Objek yang dipercayai bangkai pesawat Airbus 320-200 itu dikesan dekat kawasan di mana serpihan dan mayat ditemui, lokasi terakhir pesawat tersebut.
Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka memperoleh imej sonar yang menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan terbalik kira-kira 30 hingga 50 meter di dalam laut.
Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan itu setakat ini, dengan salah satu mayat adalah wanita yang memakai pakaian seragam pramugari.
Pakar penerbangan berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dapat menunjukkan bahawa pesawat itu tidak terjejas keadaannya ketika ia terhempas ke dalam air.
Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.
Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.
Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.
Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.
Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.
Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

suara.tv
Read more ...

Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan


PALEMBANG: Majlis pengebumian jenazah peramugari pada hari jumaat malam semalam telah embuatkan ramai pihak menangisi pemergian, Kharunisa Haidar Fauzi, pramugari nahas pesawat AirAsia QZ8501 semalam.

Turut menangis dan menatapi pemergian arwah ini ialah CEO AirAsia Tna Sri Tony Fernandes yang bersama-sama dengan staff AirAsia Indonesia yang lain di majlis pengebumian itu.

Tony menyatakan bahawa sudah menjadi kewajipan beiau untuk menghatar pulang jenazah Khairunisa yang merupakan pekerjanya yang tekorban semasa menjalankan tugas.

"Khairunisa adalah sebahagian dari keluarga besar AirAsia, semoga dengan kehadiran saya bersama sehabat-sahabat kerjanya di hari pengebumian ini dan bersama iringan ribuan doa dari orang lain dapat dengan memberi ketenangan kepada roh jenazah," ujar Tony sambil menangis tersedu-sedu didampingi kedua ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.

Selain Tony dan rombongan pekerja AirAsia turut hadir adaah pastinya jiran, kawan-kawannya serta kawan-kawan sekuliah Khairunisa dari Universiti Sriwijaya dan turut disertai Wakil Gabenor Sumatera Selatan, H Ishak Mekki dan Ketua DPRD Palembang.


Khairunisa adalah anak kesayangan kepada Haidar Fauzi dan Rohana. Beliau dilahirkan pada11 Mei 1992 itu merupakan anak bungsu dari 3 adik beradik.

Minat Khairunisa untuk menjadi pramugari bermula sejak berada dibangku sekolah lagi dan berusaha mengejar cita-citanya itu sehingga berjaya menjadi pramugari Pesawat AirAsia.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Thursday, January 01, 2015

35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai


SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.

"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya. - Siakapkeli.com.my

Duit palsu yang dikatakan menjadi penyebab kejadian

siakapkeli
Read more ...

Wednesday, December 31, 2014

Kenalkah Anda Gadis Cun Ini Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Apakah anda pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis, diarahkan, dibintangi sekaligus dipterbitkan oleh pelawak Hong Kong yakni Stephen Chow. Selain watak Chow dan alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu yakni Dicky Chow kelihatan sangat comel.

Persahabatan Dicky, kanak-kanak lucu dan nakal dengan CJ7 memang membuat penonton ketawa, kagum dan sedih. Tapi tahukah anda siapakah pelakon asal Dicky? Beliau adalah pelakon yang lahir pada 5 Ogos 1997 bernama Xu Jiao.

Dicky bukanlah kanak-kanak lelaki seperti di dalam filem tersebut, sebenarnya beliau adalah kanak-kanak perempuan. Bahkan peranan sebagai Dicky, membawa Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008. Ketika itu Jiao mengakui bahawa watak lakonannya sebagai Dicky di lakonkan begitu saja.

Dalam wawancara yang pernah dilakukan odt.co.nz, Jiao mengakui bahawa keperibadian dirinya dan Dicky sangat berbeza. Namun pelakon yang sudah beranjak remaja ini mengaku bahawa lakonan menangis di adegan terakhir CJ7 adalah sangat sukar. Potongan rambut yang pendek seperti budak lelaki, membuat Jiao berjaya menjelma menjadi Dicky. Dengan kepercayaan diri bahawa rambutnya akan kembali panjang, kini Jiao sudah berinjak menjadi remaja cantik.






dairishare
Read more ...