Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Piala AFF: Malaysia layak separuh akhir

KUALA LUMPUR: Malaysia gah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.
Kemenangan itu dengan dua gol pada lewat babak permainan membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.
Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).
Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)
SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.
PENGADIL: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)
Read more ...

Piala AFF: Safee Sali Dikritik Akibat Merokok


Kuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Baca : Safee Sali Balas Komen Negetif Peminat

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.



Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun





Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.

"Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan.

Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercui di Las Vegas, AS. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

Friday, November 28, 2014

Safee Sali Tampil Balas Kritikan Peminat di Instagram


Siapa yang tidak kenal dengan Safee Sali, pemain bola sepak kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi gelaran 'golden boot' pada piala AFF 2010. Tetapi sejak akhir-akhir ini, tidak dapat dinafikan prestasi pemain ini semakin menurun.

Dek kerana itu, Safee Sali sering menerima kritikan dari peminat bola sepak Johor dan juga Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Malaysia tumbang dengan Thailand 3-2 baru-baru ini dalam kejohanan yang sama.

Selepas kekalahan Malaysia keatas Thailand, profil instagram Team Malaysia telah memuat naik satu gambar Safee berserta kapsyen yang bertanyakan pendapat ramai tentang prestasi Safee di dalam perlawanan tersebut. Ternyata ramai yang memberi komen negatif terhadap persembahan Safee dalam perlawan tersebut.


Mungkin kerana sudah hilang sabar dengan kritikan orang ramai, Safee Sali telah tampil membalas komen-komen negatif tersebut dengan men'tag' sekali nama-nama mereka yang memberikan kritikan negatif terhadapnya.

Benar juga apa yang dikatakan Safee, mereka yang tidak bermain pada level yang sama tidak akan merasa bahan tekanan yang dialami oleh beliau, lebih-lebih lagi dalam perlawanan yang getir seperti ini. - Siakapkeli.com.my
Read more ...