Friday, February 10, 2017

Robot yang boleh melakukan pembedahan ?



Pakar bedah di Pusat kesihatan di Universiti Pittsburgh telah membuat satu langkah yang cukup besar dalam dunia perubatan apabila mereka berjaya mengunakan robot fleksible dalam membantu mereka melakukan pembedahan untuk membuang tumor yang berada dibelakang lidah pesakit.

Dr.Maria Simbra berkata bahawa kelebihan robot ini adalah kefleksiblelannya yang cukup tinggi menyebabkan ia dapat membantu pakar bedah dalam melakukan pembedahan untuk bahagian badan yang mempunyai rongga yang kecil.

Robot ini telah dibuat di Pusat Kesihatan di Universiti Pittsburgh dan ia telah dibenarkan untuk digunakan di beberapa negara di eropah dan juga di negara Amerika Syarikat

Pencapaian ini merupakan satu langkah yang besar dalam memajukan bidang perubatan . Robot yang mempunyai fleksible ini dapat digunakan semasa melakukan pembedahan di bahagian badan yang mempunyai ruang yang kecil.Selain itu robot yang mempunyai ketepatan yang tinggi mengurangkan peratus kesilapan berlaku


Read more ...

Thursday, February 09, 2017

Arsenal inginkan penjaga gol Machester City Joe Hart




Arsenal berminat mengantikan penjaga golnya Petr Cech dengan permain daripada Machester City ,Joe Hart.

Kelab besar ini sedang mencari penjaga gol baru untuk bersedia menempuhi saingan yang akan datang. Permain yang 5 tahun lebih muda daripada Petr Cech iaitu Joe Hart masih mempunyai kontrak dengan Manchester City.Kontrak itu akan tamat pada Jun 2019.

City pada masa ini sedang membuka peluang kepada mana-mana kelab yang ingin mendapatkan perkhidmatan permain tersebut.Harga yang diletakkan adalah 15 juta pound (Rm83.3).

Read more ...

Tarikh-tarikh yang penting bagi pelajar lepasan spm dan juga stpm

✨ *TARIKH-TARIKH PENTING UPU BAGI LEPASAN SPM DAN STPM SETARAF SESI 2017/2018*✨
TODAY · PUBLIC
*06 February :*  Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA
*30 March :*  Jualan unik ID BSN DITUTUP
*31 March :*  Permohonan UPUOnline  DITUTUP
*09 Apr ~ 15 Apr :*  Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier
*21 May ~ 27 May :*  Hebahan Keputusan Permohonan  Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier
*21 May ~ 27 May :* Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
*21 May ~ 27 May :* Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
*28 May ~ 31 May :*  Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
*11 Jun ~ 17 Jun:* Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf
*28 May ~ 31 May :* Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf
*18 Jun ~ 24 Jun :* Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
*12 June :* Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA
*22 June :* Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP
*06 Aug ~ 12 Aug :* Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf
*06 Aug ~ 12 Aug :* Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf
*13 Aug ~ 19 Aug :* Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf
*27 Aug ~ 31 Aug :* Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf
*17 Sep ~ 23 Sep :* Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf
*Sumber: - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) @ www.mohe.gov.com*
Read more ...

Kenapa hospital mengupah pelakon untuk berlakon sakit ?


Di Eistein Medical Center ,terdapat satu program di mana doktor di sama merupakan pelajar perubatan ,manakala pesakit mereka adalah pelakon yang terlatih.Cara ini telah digunakan di seluruh negara Amerika Syarikat untuk memantu pelajar perubatan dalam mempelajari secara praktikal.
Terdapat banyak pusat-pusat perubatan di seluruh negara menggunakan cara ini.

Pelakon yang diupah ,perlu berlakon dengan baik seakan-akan mereka sakit dan memerlukan bantuan seorang doktor , dengan cara ini ia dapat meningkatkan prestasi pelajar perubatan dalam kemahiran mereka untuk melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit mereka .

Selain itu , mereka juga diajar untuk menenangkan ahli keluarga yang baru kehilangan orang yang tersayang . Mereka perlu berlajar sedemikian ,kerana tugas doktor bukan hanya merawat. Tugas doktor lebih lagi daripada sekadar merawat.

Sebelum semua pelajar menghabiskan pembelajaran mereka,mereka perlu lulus dalam ujian yang berstandard untuk mendapatkan sihil perubatan mereka.Cara ini dapat meningkatkan konfiden dan kemahiran para doktor muda dalam menempuhi dunia yang sebenar.'Saya ingat lagi semasa kali pertama saya merawat pesakit ,saya hanya terkaku dan hanya mampu mengatakan hai nama saya Mike'kata seorang pelajar perubatan .

Disamping itu, dengan adenya cara ini pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran mendapatkan informasi dan menganalisi informasi tersebut ,agar mereka dapat mengetahui penyakit yang dialami oleh pesakit dengan lebih tepat di masa akan datang.
Read more ...

Kilang di China menggantikan 90% pekerjanya dengan tangan robot


Kilang yang berada di Dongguan ,yang beradi ditengah-tengah kawasan Guangdong telah membuat satu tindakkan yang drastik dengan memecat 90% pekerjanya dan mengantikannya dengan robot . Changying Precision Technology Company yang mempunyai barisan penghasilan yang berfungsi secara penuh secara automatik ,dengan adanya penggantian ini dikatan ia dapat mengurangkan peratus barang untuk rosak dalam penghasilan barang tersebut.Selain itu, kadar penghasilan produk juga bertambah dengan menggantikan 590 pekerja terebut dengan tangan robot.

Pada masa ini hanya terdapat 60 sahaja yang masih berkerja dikilang disebut . Dijangkakan bilangan tersebut akan berkurangan lagi sehingga mencapai 30 orang sahaja.

Bagi pendapat admin perkara ini memang bagus , tetapi ia dapat menjadi punca hilang nya pekerjaan dan seterusnya meningkatkan taraf kemiskinan
Read more ...

Wednesday, February 08, 2017

Barcelona berjaya mara ke Final Piala Raja Sepanyol


Luiz suarez berjaya menjaringkan gol untuk kumpulan Barcelona,malang sekali dia telah dibuang padang.Beliau merupakan antara seorang daripada tiga orang yang dibuang padang dan tidak dapat beraksi di final. Perlawan tersebut yang berakhir dengan seri 1- 1 .

Barcelona dapat meneruskan perjuangan mereka ke final dengan memenangi aggregate 3-2 dengan Atletico.Antara permain yang turut dibuang padang ialah pertahan Barca ,Sergio Roberto dan juga permain sayap Atletico , Yannick Carrasco.


Read more ...

Arak lebih berbahaya daripada ganja ?



Sepanjang dalam tahun 2010 tiada kematian yang direkodkan yang berpunca daripada pengambilan ganja berlebihan . Boleh dikatakan bahawa tiada kematian yang berpunca daripada ganja . Tetapi perkara ini bertentangan pula dengan arak yang menyebabkan 88,000 dan 25,000 pula disebabkan pengambilan secara berlebihan

Arak dikatakan digunakan untuk mengurangkan kesakitan ,tetapi ia telah membawa banyak masalah daripada kebaikan . Tahukah anda ganja pada zaman dulu sebelum pengharaman nya di negara Amerika Syarikat ganja digunakan sebagai ubat.

Meskipun ganja itu kurang berbahaya daripada arak ,ia tidak bermakna ganja itu baik untuk kesihatan ,kerana masih ade penyakit yang berpunca daripda pengambilan ganja.

Peringatan:Artikel ini hanya untuk informasi bukan untuk menggalakan pengambilan ganja ,penulis tidak bertanggunggjawab keatas penyalahan pengunaan barang terlarang ini . Penulis mengesa supaya kerajaan mengharamkan penggunaan arak serta merta kerana banyak membawa padah
Read more ...

Tuesday, February 07, 2017

10 keluarga terkaya didunia . sungguh menakjubkan

10.Bettencourt Family -worth 36 Billion


9.Arnault Family - worth 39 Billion

8.Cox Family - worth 41 Billion

7.Cargill-Macmillan Family - Worth 49 Billion

6.Slim Helu Family- worth 52 Billion

5.Mars Family - Worth 78 Billion

4.Koch Family - Worth 82 Billion

3.Walton Family - 130 Billion

2.Al Saud Family - 1.4 Trillion

1.Rothschild Family - 10 Trillion




Read more ...

Israel menlanggar undang-undang kontroversi terhadap penempatan di Tebing Barat ?


Parlimen Israel telah membenarkan sebanyak 4000 pembinaan penempatan haram rakyat Israel di tanah peribadi penduduk Palestin ,dengan ganti Kerajaan Israel akan memberikan bantuan kewangan dan tanah alternatif

Pentadbiran negara Amerika Syarikat yang baru menyebabkan negara Israel berani merancang lebih banyak penempatan haram di tebing barat .Kerajaan Israel telah mempunyai rancangan untuk membina beribu lagi penempatan baru di tebing barat

Sepanjang penempatan haram ini dimulakan pada tahun 1967 sebanyak 600,000 orang yahudi tinggal di kawasan penempatan haram tersebut.Sebanyak 97 penempatan telah dibina tanpa kebenaran. Perkara ini meningkatkan ketegangan antara Palestin dan Israel.

Pada pendapat Admin perkara ini menyebabkan ketegangan antara negara Israel dan Palestin semakin meningkat dan isu ini tidak akan selesai jika tidak diambil secara serius oleh UN.
Read more ...

Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk ?



Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. - Siakapkeli.my
Read more ...

500 ahli kelaurga bergambar dalam satu gambar keluarga di China

gambar yang diambil dalam perjumpaan kelaurga Ren


Dalam gambar ini terdapat 6 generasi keluarga Ren ,ia sungguh hebat.Keluarga ini berasal daripada Shischecun,di Zhejiang.

Perjumpaan ini diadakan pada 31 Januari 2018 di kampung halaman mereka .Gambar keluarga ini diambil semperna perjumpaan 6 generasi keluarga Ren.Ia merupakan satu sesi pengambaran yang cukup menarik
Read more ...

Monday, February 06, 2017

'U.S. akan berperang dengan China dalam 5 tahun?' amaran daripada seorang pakar



China telah menuduh tindakkan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah meningkatkan risiko dalam kestabilan di Timur Asia .China meminta supaya pentadbiran Donald Trump tidak memasuk campur dalam urusan China dan Jepun dalam perbalahan hak milik Pulau Daoyou.

Tindakkan Trump yang masuk campur dalam konflik itu boleh membawa kepada konflik yang lebih besar antara Amerika Syarikat dan China

China juga menggesa supaya Amerika Syarikat tidak masuk campur dalam urusan ini . Jika perkara dan konflik ini berlarutan , peperangan tidak dapat dihalang akan berlaku dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.

Diramalkan dalam peperangan ini , negara komunis itu akan dikalahkan dalam peperangan tersebut ,tetapi negara Amerika Syarikat akan menanggung kehilangan nyawa yang banyak dan juga kemusnahan dalam peralatan tentera


Bagi admin tinddakan Amerika Syarikat yang masuk campur dalam perbalahan negara ini dapat menjadi punca kepada perang dunia ketiga yang bakal berlaku dan akan digelar sebagai Great War. Semoga dunia kita akan terus aman
Read more ...

Lebuhraya elektrik pertama di Sweden ?



Pembinaan lebuhraya eletrik ini dibina di Sweden. Lebuhraya ini sesuai digunakan oleh lori hibrid yang telah diubah suai ,dengan pelancaran dan pembukaan lebuhraya ini dianggarkan ia dapar mengurangkan pembakaran bahan bakar fossil . 

Kabel elektrik yang disambungkan dengan pengubahsuaian yang telah direka dapat mengalirkan tenaga elektrik daripada kabel terus ke motor di dalam kenderaan tersebut.Kenderaan tersebut akan bergantung dengan tenaga elektrik sehingga ke penamat lebuh raya eletrik tersebut.Setelah habis kenderaan tersebut akan bertukar semula kepada tenaga fossil

Lebuhraya ini masih berada dalam fasa percubaan . Dijangkakan akan lebih banyak lebuh raya sebegini di negara -negara eropah


Read more ...

Benarkah Proton akan dijual kepada China?


Pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil, lapor Bloomberg.

Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.

Menurut laporan itu, Proton berharap untuk menyenarai pendek calon-calon akhir yang mungkin melepaskan penguasaannya, yang melibatkan kawalan terhadap pengeluar kereta sport British Lotus Cars Ltd, bulan depan.



Malayan Banking Bhd dilaporkan terlibat “menasihatkan jualan” dengan pegawai-pegawainya dijangka terbang ke Jepun untuk bertemu pihak Suzuki minggu depan, diikuti mesyuarat dengan Renault bulan depan.
Bloomberg masih belum mendapat ulasan Proton berkaitan perkembangan itu setakat ini. Sementara Suzuki, Skoda dan Malayan Banking enggan mengulasnya. Kerajaan April lalu bersetuju menyuntik dana untuk syarikat terbeban hutang itu tetapi memberi syarat supaya sebuah rancangan penstrukturan semula dibuat.


Suntikan itu diumumkan hanya selepas lapan hari pengerusi dan pengasasnya Tun Dr Mahahtir Mohamad meletakkan jawatan setelah desakan susulan langkahnya keluar Umno dan menolak kepimpinan perdana negeri.

Artikel di Laman Facebook mengatakan ianya sudah terjual kepada Geely, syarikat daripada China

Nasib "perjalanan terakhir" syarikat automotif negara Perusahaan Otomobil Nasional-PROTON (Keringat dan AirMata)
Proton membina kilang di Tg Malim dengan cash tanpa hutang. Itulah ketika Proton di zaman Tun M. Sentiasa mencatat keuntungan. Harini kita dikejutkan dengan berita syarikat automotif Geely dari China akan membeli 51% pegangan di Tg Malim Plant yang diluluskan oleh KERAjaan Malaysia.Nasib anak anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain. Bezanya, cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluarkan duit untuk pembinaan. Tapi untuk Geely, PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan Najib senang senang jual 51% kepentingannya pada Syarikat kereta China.Bahana 1mdb. Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?

petikan asal : Facebook Mahathir The Legend



ping :Babab

Read more ...

Saturday, February 04, 2017

Seorang lelaki membunuh bekas isterinya ,lalu membunuh diri.

Seorang lelaki membunuh bekas isterinya di tingkat 16 Menara Centera Jalan Chow Kit . Setelah melakukan pembunuh dia telah membunuh diri dengan senjata yang sama digunakan semasa melakukan pembunuhan .

Lelaki yang berumur 51 tahun itu masuk ke pejabat isterinya, lalu pertengkaran mula tercetus . Pertengkaran itu berakhir dengan tembakan yang dilepaskan  terhadap wanita yang berumur 46 tahun .

Mengikut kajian mereka berdua pernah bercerai 5 tahun yang lalu dan mereka mempunyai 3 orang anak yang berumur antara 16 ke 24 tahun .

Pada pendapat admin sepatutnya tidak akan ade kes jenayah senjata api kerana senjata api sukar didapati di Malaysia . Seharusnya pihak kerajaan perlu mengetatkan lagi sekuriti agar perkara sebegini tidak berulang .

Read more ...

Friday, February 03, 2017

Gambar konsep Iphone 8?..

Baru baru ini sudah keluar video yang menunjukkan konsep yang akan digunakan dalam iphone8 .

Gambar yang ditunjukkan merupakan idea awal dan konsep yang dikeluarkan
.ia merupakan satu perubahan yang drastik pada saiz skrin dan juga pada butang utamanya .

Bagi admin Apple sepatutnya boleh melakukan sesuatu yang lebih dan dengan konsep ini admin percaya Apple dapat memberikan yang terbaik kepada pengguna




Read more ...

Kereta Kebal U.S memerhati pergerakan Rusia di Poland

 Angkatan tentera Amerika syarikat mula bergerak masuk ke Zagan , tindakkan ini untuk memberikan amaran kepada tentera supaya tidak memasuki kawasan yang dipenuhi dengan angkatan tentera NATO.



Divesyen tempur yang ketiga yang mempunyai kekuatan sebanyak 3500 tentera,144 kereta berperisan dan 87 kereta kebal telah melakukan latihan di kawasan tersebut. Ini merupakan pegerakkan askar Amerika Syarikat yang terbesar di Eropah semenjak jatuhnya kuasa Soviet Union

Komander Amerika Syarikat di eropah berkata kepada NBC News bahawa ini merupakan kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat yang paling besar di Poland dan juga di eropah .


Bagi admin pergerakan tentera yang besar ini membawa satu seribu soalan tentang keadaan dan ketegangan yang sedang berlaku di eropah . Tindakkan dan latihan ini menunjukkan bahawa dunia yang aman ini sedang berada pada ambang ,ketegangan.


Read more ...

Teknologi yang mampu mengumpulkan air daripada udara ?


Alat ini bernama DC03 ini yang dikuasai oleh solar . Alat ini mampu mengumpul air daripada udara . Alat ini mengunakan konsep kondensasi . Ciptaan ini terdiri daripada elemen platier yang mampu untuk mengubah tenaga eletrik mengubah daripada haba panas kepada haba sejuk .
Haba sejuk itu akan mengkondensasi air daripada udara dan akan dikumpul masuk ke dalam bekas air . Air dapat dikumpul dalam masa 6 jam adalah setengah geles penuh.  
Bagi admin teknologi ini mampu untuk mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh negara miskin di afrika . Afrika yang mempunyai cahata matahari yang tinggi mampu digunakan untuk mengaktifkan alat ini . Ini merupakan satu langkah yang besar untuk kemajuan dalam bidang teknologi


Read more ...

Thursday, February 02, 2017

Budak Wechat mengaku terlanjur !!!

Kuala Terengganu: Pasangan kekasih berusia 20 tahun dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Malah, pasangan berkenaan yang baru berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan turut mengaku sudah terlanjur dalam serbuan kira-kira 11.30 malam.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda yang tidak bekerja itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sementara menunggu teman wanitanya keluar makan bersama dengan rakannya.

"Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

"Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.

"Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya.

Sumber:hmetro

Read more ...

Pentadbiran Trump akan disaman oleh seorang doktor Syria

Visa seorang Doktor yang dihalang masuk ke 
Amerika Syarikat

 Pada pagi ahad 31 Januari Dr. Amer Al Homssi dengan tiketnya pergi ke Lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi untuk balik ke rumahnya di Chicago. Dia yang terbang keluar daripada Chicago untuk meneruskan perkahwinannya ,dihalang masuk semula dan pulang ke rumahnya di Chicago setelah 11 hari berada diluar Chicago.

  Dr. Amer Al Homssi yang lahir di Syria membawa passport Syria, disebabkan dia membawa passport Syria dia telah di halang untuk menaikan pesawat untuk pulang kerumah nya di Chicago . Dia yang bekerja sebagai doktor di Universiti Illinois dihalang untuk pergi ke rumahnya. Walaupun dia mempunyai Visa Amerika Syarikat untuk bekerja ,tetapi dia tetap dihalang untuk menaiki pesawat tersebut.

  Dr. Amer Al Homssi yang perlu pulang ke rumahnya untuk menghadiri kerja pada esok hari dihantar ke imigrasi Amerika Syarikat untuk mendapat pengesahan . Walaupun dia telah diperiksa dan terbukti bahawa dia tidak berbahaya tetapi tindakkan drastik telah dilakukan terhadap beliau . Visa yang telah diberikan kepada pihak berkuasa telah dibatalkan dengan tulis berdakwat warna hitam.

  Dia yang sepatutnya balik ke rumahnya untuk merawat pesakitnya terpaksa duduk di Abu Dhabi bersama peguamnya . Peguamnya bersedia untuk membuktikan bahawa dia sepatutnya layak untuk masuk ke negara tersebut kerana beliau mempunyai Visa dan juga beliau mempunyai kepentingan untuk hadir ke hospital untuk merawat pesakitnya .

  Akhirnya pada hari rabu yang lalu dia berjaya untuk masuk ke negara tersebut melalui Lapangan Terbang Abu Dhabi dengan bantuan peguamnya


Read more ...