Showing posts with label dalam negara. Show all posts
Showing posts with label dalam negara. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Wajah 12 Hooligan Malaysia akan dicari sampai dapat oleh PDRM.


Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.

Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

"Polis kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan.

"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.-Harian Metro
Read more ...

Tuesday, December 09, 2014

Laman Web Rasmi FAM Digodam




Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam sebentar tadi dengan memaparkan tulisan berbahasa Vietnam.

Bagaimanapun, penggodam itu hanya menggodam interface hadapan dan tidak melibatkan database web tersebut.

Ini kemungkinan keran rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian semalam yang berlaku di Stadium Shah Alam Yang dicemari insiden keganasan.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Bagaimanapun pihak FAM telah menutup sementara laman web tersebut untuk mengubah kembali ke interface asal-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Monday, December 08, 2014

Video Manjoi Dilanda Puting beliung Petang Tadi


IPOH: Manjoi hari ini telah dilanda puting beliung yang kuat dan telah merosakkan sebanyak 57 buah rumah di sini

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.

Menurut Adun Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata kejadian yang berlaku pada pukul 2.45 petang dan teah menyebabkan 57 buha rumah rosak teruk.


"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh, semua mangsa telah dipindahkan  ke Dewan Kawasan Rukun Tetanga Kampung Tengku Hussein Baru"

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka,"katanya.

Menurut seorang mangsa, Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar membakar satay dengan keluarganya.

"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat, ini adalah kejadian pertama sejak 35 tahun dia tinggal disini." katanya-Siakapkeli.com.my

Video Sumber Astro Awani

Read more ...

Penyokong Harimau Malaya Mengamuk Pukul Penyokong Vietnam


Sebelum ini kita digemparkan tentang permain Singapura yang mengamuk selepas mengalami kekalahan di tangan Malaysia.

Malam ini lain pula ceritanya apabila Malaysiakalah di tangan Vietnam penyokong kita pula mengamuk dengan memukul penyokong Vietnam.

Perkara ini adalah tidak sedap didengar kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan oleh peminat kita dan orang yang memukul penyokong Vietnam itu boleh disifatkan tidak bertamadun kerana ini akan merosakakn reputasi Harimau Malaya itu sendiri.

Adat permainan kalah atau menang, kita jangan tunjuk budaya yang tidak elok ini kepada orang lain kerana sukan sepatutnya mengeratkan persahabatan bukan memburukkan keadaan. Harap pihak Polis Diraja Malaysia dapat ambil tindakan. Budaya Hooligan bukan budaya kita.-Siakapkeli.com.my











Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebook miliknya.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang mengasari penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera, malam tadi.
Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan ketika aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki berlangsung di Stadium Shah Alam, yang berkesudahan Malaysia ditundukkan Vietnam, 2-1.
Sehubungan itu Khairy mahu tindakan tegas dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.
"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.
"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.
Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.

bharian dan siakapkeli
Read more ...

Alvin Tan Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera


Blogger seks kontroversi Alvin Tan hari ini telah mencabar Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi supaya membatalkan pasportnya dengan segera dan beliau tidak kisah dengan pembatalan itu.

Beliau bertindak demikian selepas Zahid telah memberi amaran kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa milik Alvin untuk memudahkan kerajaan mmudah menangkapnya yang kini menyembunyikan diri di Amerika Syarikat.

Beliau dalam laman facebooknya menyifatkan menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut dan tiada kredibiliti.

“Anda tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.

“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara Malaysia,” katanya dengan angkuh.


Menurutnya pembatalan pasport tidak akan memberikan apa-apa kesan tapi sebaliknya akan mempercepatkan prosesnya dalam memohon suaka politik di Amerika.

Beliau yang sebelum ini dituduh dibawah akta hasutan kerana menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang.

Alvin juga menegaskan tanpa pasport bukan bermakna beliau hilang kewarganegaraan dan dia akan mendapatkan dokumen perjalanan dari PBB yang akan dikeluarkan oeh Imigresen Amerika.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Sunday, December 07, 2014

Gambar Lelaki Seiras DS Najib Dalam Kapal Terbang Jadi Viral


































Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik satu gambar yang diambil dari sebuah pesawat penumpang yang memaparkan seseorang lelaki ‘mat salleh’ dengan wajah seiras Datuk Seri Najib Razak.


Memetik perkongsian dari sebuah blog, lelaki berambut putih di dalam gambar tersebut dilihat seperti sedikit kebingunan apabila mengetahui beberapa orang di sekelilingnya ketawa sambil mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar.


Kepada tuan badan(dalam gambar) bersabar la yee.. Anda mungkin tidak tahu mengapa tetapi sekarang anda sudah terkenal.


penpatah
Read more ...

Budak Sekolah Ditangkap Berzina Di Dalam Tandas


TENOM: Sepasang kekasih budak sekolah tingkatan dua yang melakukan kegiatan tidak bermoral di dalam tandas sekolah telah berjaya ditangkap oleh guru disiplin selepas disedari perbuatan tiadak bermoral itu semalam,

Kejadian yang berlaku pukul 10.30 pagi semasa waktu rehat itu disedari oleh pelajar lain dan terus melaporkan kepada guru disiplin. Guru tersebut terus begergas ke tandas tersebut dan telah menjumpai pasangan tersebut dalam keadaan tidak terurus.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis. “Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Selian itu difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah


Semangat perpaduan yang ditunjukkan lelaki ini adalah amat terpuji dan harus dicontohi orang lain walaupun berbeza anutan agamanya. Apa yang dibuat beliau ini adaah satu tindakan yang terpuji setelah menaja pembantu rumahnya seorang warga indonesia mengerjakan umrah.

Beliau ialah Manickam Letchuman ADUN Padang Jeram, Negeri sembilan yang telah menaja pembantu rumahnya Puan Sama, kerana membalas jasanya yang setia berkhidmat dari tahun 2002 hingga sekarang selama 13 tahun.


Menurut Manickam, pembantu rumahnya itu seorang yang bertanggungjawab, rajin dan amanah dalam menjalankan kerja.

"Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini."

"Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga." katanya lagi.

Puan Sama yang mendengar berita tersebut telah menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka akan dapat ke Mekah.


Sebelum bertolak menunaikan umrah satu majlis doa seamat dan bacaan tahlil telah diadakan di rumah Manickam yang dihadiri oleh rakan Islam beliau dan kenalan Puan Sama.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa."

 "Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Saya berasa begitu gembira kerana tuhan memberikan saya peluang untuk menaja Pembantu rumah saya Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah." Katanya.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Thursday, December 04, 2014

Gelaran Dato Sri Telah Ditarik Balik Dari Anwar Ibrahim


PETALING JAYA: Sultan Selangor semalam telah menarik semula gelaran Dato Sri yang di kurniakan pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa semalam.

Pihak istana Selangor dalam satu kenyataan berkata keputusan untuk membataakan gelaran tersebut dibuat kerana sejak akhir-akhir ini beliau telah banyak mempersoalkan tentang kewibawaan Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

"Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan dari setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Tindakan yang dilakukan oleh penasihat PKR ikut telah menunjukkan beliau tidak ayak untuk memegang sebarang gelaran.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Tuesday, December 02, 2014

Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena


Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat. 


Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.


Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap. 



Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.


Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.




Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah dengan menggunakan kontena sahaja.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

Pasangan Cina pilih konsep perkahwinan Melayu




ALOR SETAR: Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini hari ini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani, Kredit foto Mohd Nor



Read more ...

Sunday, November 30, 2014

Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu

warga mas maut
Warga Mas Maut Di Tumbuk Cucu  SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan cucu saudaranya di Senawang di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Taman Seri Pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek berusia 21 tahun itu.
Mangsa sebelum itu dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan ibunya di dalam rumah mereka.
Katanya, suspek yang bekerja di ibu negara, melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menyiasat lanjut termasuk punca kematian mangsa.
warga mas maut

http://eberita.org/warga-mas-maut-di-tumbuk-cucu/#sthash.uiPPLx2x.dpuf
Read more ...