Thursday, December 28, 2017

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian1)

Assalamualaikum atau Hai . Hari ini Allz nak cita bagaimana agama boleh menjadi sauh kepada moral kepada sesebuah masyarat didunia ni.Terdapat banyak kayu ukur untuk mengukur kemoralan didunia ini,contohnya


  1. Pendapat umum terhadap isu tersebut
  2. Keputusan/hasil akhir kepada perbuatan tersebut
  3. Kayu ukur agama
Macam sebelum ni Allz ada bagi tahu bahawa moral sesebuah manusia itu cukup dinamik ,boleh berubah-ubah. Jadi kita tahu cara satu dan dua itu bukan lah cara yang selamat untuk menjadi sauh kerana ,sifatnya yang sentiasa berubah .Sifat yang perlu ada untuk menjadi sauh kepada moral sesebuah masyarakat adalah tetap dan tidak berubah.Jadi apa lagi pilihan yang paling tepat kalau bukan agama.Kerana kita tahu agama adalah satu entiti yang tidak mudah berubah ,nilai agama akan sentiasa kekal . Allz ambik contoh bagi agama Islam.Contoh yang cukup mudah,setelah wahyu terakhir diturunkan tiada perubahan yang berlaku pada sumber utama(Al-Quran dan Hadis) pada nilai agama Islam.Perkara ini membuktikan bahawa nilai sesebuah entiti yang bernama agama cukup sukar untuk diubah,dengan itu kita boleh menjadikan agama sebagai panduan untuk menjadi kayu ukur kemoralan masyarakat. 


Kerana kita tahu untuk mencari sauh yang kuat kita perlu mencari sauh yang tidak mudah untuk berubah nilainya.Kerana sauh itu akan menjadi alat untuk mengekalkan suatu entiti yang cukup dinamik iaitu adalah Moral sesebuah masyarakat.Bila kita menjadikan agama sebagai sauh , maka tiada perubahan dalam cara mengukur satu-satu tindakkan itu sebagai tindakkan yang bermoral atau tidak ,bila cara pengukuran itu kekal maka penerimaan untuk perkara yang tidak bermoral akan lebih sukar .

Allz akan sambung pada bahagian kedua

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian2)

Read more ...

Wednesday, December 27, 2017

Mengapa moral masyarakat zaman sekarang semakin rendah?

Assalamualaikum atau hai , hari ini Allz nak bincang satu tajuk yang agak menarik . Pernah tak korang tertanya bagaimana dunia yang dulunya mengecam tindakkan yang tidak bermoral mula menerima tindakkan-tindakkan tersebut. 

Makin lama, perangai manusia makin tidak bermoral . Untuk bagi korang faham apa itu maksud moral , moral adalah satu kebolehan untuk membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Jadi mengapa 'standard' moral masyarakat kita semakin lama semakin jatuh . Dulu jangankan berpegang tangan , 'becouple' pun dah jadi isu besar dalam masyarat kita . Tapi kenapa ? semakin lama tindakkan-tindakkan yang dulunya tak boleh ini semakin lama diterima oleh masyarakat.





Punca utama yang kita tak boleh nafikan adalah masyarakat kita mula terbiasa ,dan seperti biasa perkara yang normal akan diterima. Apabila majoriti masyarakat membuat perkara yang buruk itu seperti perbuatan yang normal, semakin lama perbuatan itu akan diterima dan tidak lagi dipanggil sebagai perbuatan yang tidak bermoral .Kemoralan seseorang manusia itu adalah cukup-cukup dinamik . Ia boleh berubah dalam sekelip mata .Mungkin hari ini kita kata zina itu adalah perkara yang tidak bermoral , tetapi jangan terkejut ,generasi akan datang akan katakan berzina itu seperti tengok wayang dengan 'girlfriend je'.

semua benda ini boleh berlaku kerana kita tahu moralnya seseorang itu adalah perbuatanya diterima atau tidak oleh majoriti . Jika kita berzina sekalipun ,tetapi masyarakat dah terima , itu bukan satu perbuatan yang tidak moral.


Allz akan sambung macam mana agama merupakan sauh kepada kemoralan sesebuah masyarakat . 
Read more ...

Kita 'Manusia' Mencari hukum untuk menyenangkan / memudahkan hukum

Assalamualaium, atau selamat pagi , Allz cuma nak cita satu pandangan yang cukup tidak menarik dan cukup berdosa untuk dibincangkan .Bila kita sebut pasal hukum ,pertama yang kita akan fikir adalah haram dan halal.Sebelum kita masuk topik ini ,Allz mintak korang buka pemikiran korang dan cuba pemikiran baru ini. 



Allz cuma ada satu idea bahawa manusia pada hari berminat untuk mencari hukum ,bukan kerana untuk mempelajari atau menambah ilmu. Tetapi hanya untuk mencari hukum yang termudah di dalam kehidupan agar dia mendapat satu pengiktirafan daripada ulama' atau agamawan untuk melakukan sesetengah perkara yang tidak enak didengar.



Untuk bagi korang faham dengan mudah , nah Allz tunjukan satu gambar 

Gambar Ini menunjukan soalan yang banyak ditanya. Apabila Allz cuba cari perkataan yang bermula daripada 'ber' yang itu menunjukkan kata kerja. Benda ini keluar dalam carian kerana banyak ditanya.

Allz tanya kat korang pernah atau tidak korang mencari hukum yang paling mudah untuk korang berkaitan dengan kapel ? Semasa zaman 'jangan kapel kerana kapel itu haram' Pernah atau tidak ? . Ramai kapel-kapel islamik (term yang dibuat mereka sendiri) mencari hukum agar keislaman mereka diorang tidak tercabar . Kita tak boleh nafi , kita manusia lebih suka mencari benda senang .Kalau ada hukum yang cukup mencurigakan daripada ulama yang kita tak pernah dengar, kita lagi sanggup guna hukum ulama itu kerana ia lebih mudah , walaupun ada timbul keraguaan.


Ayat kat atas tu bukan Allz nak merendahkan mana-mana ulama , tapi Allz nak tunjukkan kemungkinan jika perkara itu betul berlaku , manusia akan mencari yang paling senang . Sehingga ada yang haram akan boleh menjadi yang halal . Kita manusia walaupun ada yang jujur untuk mencari ilmu tetapi ada juga yang dalam hati dia untuk mencari yang termudah dan yang paling banyak menyebelahi korang 


Contoh kedua , bila kita sebut isu rokok. Jika sembilan puluh sembilan ulama kata rokok tu haram , dan ada seorang ulama kata rokok itu harus. Korang lagi sanggup meletakkan keyakinan kepada satu ulama daripada 1 ulama kerana ia lebih memudahkan korang . Korang akan berpegang pada pendapat 1 ulama itu daripada menerima pendapat 99 ulama yang lain. Kerana korang nak yang muda

Pembuktiaan yang Allz nak tunjukkan kat sini , ramai manusia hari ini tak jujur pun nak menuntut ilmu agama, bila Allz sebut pasal ramai ,ini disebabkan peratusan yang jujur dan yang tidak jujur cukup luas. Kita kena masukkan dengan'ustaz segera'dan'keyboard warriors' dalam perkiraan ini dan makhluk-makhluk inilah yang menyebabkan jurang antara yang jujur dan yang tak jujur bertambah

-Allz
Read more ...

Saturday, November 18, 2017

Hati-hati ,Seorang wanita dijangkiti herpes setelah mencuba 'lipstick' di Sephora



Sebentar tadi ,Allz terbaca satu artikel , yang bertajuk. 'DIJAKIT HERPES LEPAS CUBA TESTER' LIPSTICK DI SEPHORA. Benda ni berlaku dekat California, tapi kita kena tahu sebenarnya apa yang berlaku dan bolehke ,penyakit Herpes dijangkiti melalui lipstick?

SO,Allz buka dan cari lah tentang informasi tentang kes ni ,dan jumpa satu artikel dekat LIVESCIENCE. Seorang doktor bernama Dr.Amesh berkata bahawa terdapat kemungkinan untuk virus Herpes ini untuk berpindah atau menjangkiti orang melalui batang lipstick. Tester lipstick ini berkemungkinan pernah digunakan oleh orang yang mempunyai virus ini dan apabila seorang menggunakan lipstick itu, virus itu akan berjangkit kepada perumah baru . Sebab virus herpes mampu berpindah melalui sentuhan air liur . Jadi tak mustahil benda ni nak berlaku.


Selain itu baru Allz tahu yang selamani , Sebanyak 67% penduduk dunia bawah 50 tahun mempunyai virus herpes type-1 (HSV-1). Tapi diorang tak bagi kesan buruk kat diorang. Tetapi benda tu masih berjangkit.






Cuba check
Read more ...

Tindakkan Presiden Trump yang mengancam bumi


Berita ni dah lama dah , tapi Allz tetap nak bincangkan tentang masalah ni . Kita tahu negara Amerika Syarikat dah tarik diri daripada perjanjian Paris berkaitan tentang pengawalan untuk mengurangakan masalah global. Amerika Syarikat menarik diri daripada penjanjian itu setelah Presiden terbarunya iaitu Donald Trump berbuat sedemikian.


Okey , jadi apa masalah yang akan timbul ? Senang je , pertama kita perlu faham apa kesan penarikkan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian ini. Kita tahu bahawa Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar bagi perlepasan gas rumah hijau . Untuk pengetahuan korang gas rumah hijau merupakan gas yang menjadi faktor utama dalam pemanasan global.



Dalam tahun 2015 , negara Amerika Syarikat melepaskan sebanyak 5,172,338(kt) gas karbon dioksida bersamaan 14.34% daripada perlepasan gas karbon dioksida dunia. Amerika syarikat duduk ditempat kedua dalam tangga perlepasan gas karbons dioksida.
Pelepasan gas karbon dioksida pada tahun 2013


Apabila mereka menarik diri daripada perjanjian ini.Dia memberi kesan secara terus dan juga tidak terus.Secara terus ,kita tahu mereka tidak akan mengikut perjanjian dan seterusnya menyebabkan peningkatan jumlah bilangan pelepasan gas ini. Kita tahu status quo,masalah sekarang ni sudah barah ,dengan peningkatan jumlah perlepasan gas ini, ia akan membarahkan masalah yang dah buruk ni. Secara tidak terus kita tahu ramai negara lain mungkin akan terikut dan mula merasakan bahawa masalah ini tidak penting , masalah pemanasan global ini sebagai masalah picisan . Sebab umum mengetahui ,Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai banyak pengaruh.


Masalah ini dapat diselasaikan jika semua negara dunia memberikan kerjasama. Tapi kita dapat lihat bagaimana tindakkan Donald trump ini mampu mengancam keselamatan bumi. Sebab ini bukan bumi siapa-siapa, ini bumi kita , jadi hanya kita dapat mengubahnya.


Read more ...

Thursday, November 16, 2017

Harga Minyak mingguan 16-22 November 2017,Kenapa berlaku kenaikkan harga minyak ?



Kenaikan harga minyak pada 9 november 2017

Ron95 RM2.31=RM2.38 (KENAIKAN 0.07)
Ron97 RM2.60=RM2.66 (KENAIKAN 0.06)
DIesel RM2.20=RM2.25 (KENAIKAN 0.05)




Saya ada baca yang punca kenaikkan minyak ni disebabkan kenaikan harga minyak dunia ,yang berpunca daripada ketidakstabilan politik dinegara Arab Saudi. Tapi masih tiada bukti kukuh nak buktikan pendapat ni . Stay tune untuk informasi yang awesome

Read more ...

Thursday, November 09, 2017

Malaysia berjaya melayakan diri ke Kejohanan AFC Bawah 19


Malaysia berjaya melayakan diri untuk menyertai kejohanan AFC bawah 19 setelah Malaysia berjaya menjadi 5 terbaik dalam pasukan-pasukan yang mendapat no dua.


Ini merupakan kali pertama Malaysia berjaya melayakan diri setelah kemarau panjang selama 11 tahun tidak berjaya menyertai kejohanan tersebut. Kali terakhir adalah semasa 2006 dibawah jurulatih Datuk K.Rajagobal

Read more ...

Kenaikan harga minyak mingguan : 9November 2017



Kenaikan harga minyak pada 9 november 2017

Ron95 RM2.24=RM2.31 (KENAIKAN 0.07)
Ron97 RM2.60=RM2.54 (KENAIKAN 0.06)
DIesel RM2.20=RM2.17 (KENAIKAN 0.03)
Read more ...

Monday, November 06, 2017

Banjir Penang : 7 Kematian setakat ini


Mangsa setakat ini adalah 7 orang. Masa ke-enam iaitu Tan Ah Peow 45, telah dijumpai dengan jirannya pada pukul 2 petang pada hari ini. Manakala mangsa ketujuh dijumpai pada pukul 2.40 petang oleh orang awam.


Badan tersebut telah dihantar ke hospital untuk dilakukan bedah siasat. Bilangan mangsa banjir buat masa ini adalah 3,779 . Terdapat 56 pusat pemidahan.

Read more ...

Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 5 November






   Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 6 November

Man. City
3
FT
Arsenal
1
Everton
3
FT
Watford
2
Chelsea
1
FT
Man United
0

Read more ...

Friday, November 03, 2017

Sebab Yahudi Merasakan diri mereka adalah pemilik layak untuk tanah Palestin


Konflik antara dua negara ini bermula semenjak 1940-an . Secara umumnya ia bermula pada tahun 1948 ,tahun itu merupakan tahun dimana negara israel secara rasminya ditubuhkan .

Penduduk israel yang majoritinya beragama yahudi mempercayai bahawa mereka adalah pemilik yang sebenar dan layak untuk tanah tersebut. Terdapat 4 faktor utama yang menyebabkan mereka percaya bahawa itu adalah hak mereka.


  1. Tuhan telah menjanjikan tanah ini untuk mereka
  2. Orang yahudi yang duduk dan memajukan tanah tersebut
  3. Komuniti antarabangsa telah membenarkan mereka untuk menduduki tanah tersebut
  4. Mereka memenangi peperangan yang dikatakan sebagai peperangan untuk menahan diri.(perang arab -israel 1948)
Sepatutnya komuniti antarabangsa mengambil perkara ini secara serius , Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sepatutnya mengambil tindakkan secara adil . Kita tahu bahawa salah satu negara yang mempunyai kuasa veto dalam mana-mana keputusan dalam majlis ini merupakan kawan akrab negara israel ,tetapi sepatutnya negara tersebut iaitu negara amerika syarikat yangs selama ini berpegang pada demokrasi sepatutnya menunjukkan sifat dan semangat demokrasi,dengan tidak menveto keputusan yang bertentangan dengan keiinginan mereka . 




Read more ...

Lawatan Putera Charles semperna ulangtahun 60 tahun hubungan antara Malaysia dan United Kingdom


Putera Charles tiba dengan pesawat tentera udara diraja ,yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang 2 November .


Pasangan Diraja itu akan melawat pelbagai lokasi di dalam Malaysia . Lawatan akan bermula daripada 2 November dan berakhir pada 8 November .
Read more ...

Thursday, November 02, 2017

Lagu yang menghina Ayat Al-Quran dengan menjadikan Al-Quran bunyilatar




Umat islam dikejutkan dengan tindakkan seorang ahli muzik yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai muzik latar. Masa admin tengah tulis artikel ni , yang dislike video ni dah dekat 127 ribu dah





Kita tak tahu niat pemuzik ini, tapi memang langsung tak sesuai dan sungguh biadab tindakkan tersebut. seperti kita tahu muzik video ini saja cukup tidak beradab , lalu diletakkan bunyi seakan -akan ayat Al-Quran yang sememangnya bertentangan dengan apa yang terdapat dalam video tersebut



Admin mintak jasa baik semua orang yang prihatin untuk buat report terhadap video tersebut. 

https://www.youtube.com/watch?v=8XKZa8GgIyA
Read more ...

Harga Minyak Naik sebanyak 4 sen ,Berkuat Kuasa pada 2 November 2017

Sumber:Free Malaysa Today

Kenaikan harga minyak sebanyak 4 sen , Harga minyak yang mengikut harga mingguan ini mula dijalankan pada 29 mac pada tahun ini . 


Harga RON95 naik daripada RM2.20 kepada RM2.24 
Harga RON97 naik daripada RM2.50 kepada RM2.54 
Harga Diesel naik daripada RM2.13 kepada RM2.17 


Read more ...

Monday, October 30, 2017

Barack Obama,Bekas Presiden Amerika Syarikat menjadi Juri di Chicago .



Barack Obama yang merupakan bekas presiden Amerika Syarikat merancang untuk berkhidmat dengan negaranya dengan menjadi seorang juri di Illinois. Beliau yang sudah menjadi rakyat biasa Amerika Syarikat layak untuk berkhidmat menjadi juri di makhamah . 


Read more ...

Sunday, October 29, 2017

Parlimen Catalonia mengumumkan kemerdekaan Republic of Catalonia

Pada tarikh 27 oktober 2017 , Catalonia telah mengumumkan kemerdekaan mereka . Parlimen Catalonia berjaya melapaskan satu bil yang akan menubuhkan Republic of Catanolia.

Bil itu berjaya lepas dengan undian 70 bersetuju ,10 tidak bersetuju dan 2 undi kosong. Walaupun bergitu Sepanyol masih tidak mengiktiraf kemerdekaan mereka . Perdana Menteri Sepanyol ,berkata dalam akaun twitter beliau , bahawa semua penduduk harus tenang ,dia akan membawa undang-undang kepada Catalonia.

Ramai penduduk berasa gembira dengan keputusan parlimen Catalonia, mereka berasa gembira kerana mereka merasakan bahawa diri mereka sudah merdeka daripada negara Sepanyol
Read more ...

Liverpool bejaya menewaskan Huddersfiled dengan keputusan 3-0, Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris

Man United
1
FT
Tottenham
0
Crystal Palace
2
FT
West Ham
2
West Brom
2
FT
Man. City
3
Liverpool
3
FT
Huddersfield
0
Watford
0
FT
Stoke City
1
Arsenal
2
FT
Swansea City
1

Bournemouth
0
FT
Chelsea
1

Read more ...