Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, January 13, 2020

Diambang Perang Dunia Ketiga 2020

Masalah yang bermula dengan pembunuhan individu yang berjawatan tinggi di dalam tentera Iran. Mula menjadi-jadi apabila terdapat banyak masalah dan perkara yang berlaku di dunia. Apabila dunia dikejutkan dengan pengeboman yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat atas arahan Presiden Donald Trump.


Dunia dikejutkan lagi dengan berlakunya kemalangan yang melibatkan kapal terbang awam yang melakukan pernerbangan daripada Lapangan Terbang utama Iran iaitu "Tehran’s international airport", kapal terbang "Ukraine International Airlines Flight 752" yang berlepas daripada lapangan terbang tersebut yang hilang daripada radar selepas sahaja ia berlepas.


Setelah melakukan sedikit kajian , dapatan menunjukkan bahawa kapal terbang tersebut telah ditembak oleh tentera negara tersebut. Tuduhan itu telah lebih awal dilakukan oleh Perdana Menteri negara Kanada. Setelah sekian lama , negara Iran memberi respon dan mengatakan bahawa kesalah yang berlaku itu berpunca daripada kesilapan manusia dan serangan tersebut merupakan serangan yang tidak berniat .



Serangan tersebut telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, sepertinya masalah ini dilihat semakin meruncingkan , dan jika kuasa-kuasa besar tidak mengambil tindakkan untuk mengurangkan tekanan politik di negara tersebut / middle eastern secara menyeluruh. Kami dapat mejangkan bahawa akan berlaku pergolakkan berskala antarabangsa.


Pendapat : pada pendapat saya isu tentang kedaulatan negara ini harus diambil berat. Kerana tindakkan menyerang atau menghantar sebarang peralatan perang untuk melenyapkan mana-mana sasaran di dalam / luar dari "jurisdiction" adalah tindakkan yang dapat mengancam keamanan dunia. Sebagai negara yang sudah masak dengan pergolakkan seharusnya negara Amerika Syarikat matang dalam melakukan tindakkan. Kita tidak mahu perkara seperti "Invasion of Iraq" berlaku ?


Apa yang terjadi di Iraq masih tiada justifikasi. Sama seperti kemalangan ini. Persoalannya siapa yang salah.




Read more ...

Wednesday, December 18, 2019

ASB Dividen yang terendah Sepanjang (1999-2019)


Bedasarkan kenyataan yang dikeluarkan . Kita dapat lihat , bahawa dividen pada tahun ini adalah dividen yang terendah sepanjang 20 tahun ini. Ramai yang merungut tentang kejatuhan dividen tersebut. . Ada juga yang mengatakan bahawa, dengan dividen sedemikian, nak bayar pinjaman yang mereka ambik untuk beli unit di ASB pun tidak mampu.

Antara faktor disebabkan kejatuhan dividen ASB pada tahun ini adalah disebabkan kelembapan ekonomi pada tahun ini. Ada juga individu yang menggunakan dividen ini sebagai senjata ampuh untuk mengatakan bahawa Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) lah merupakan punca kepada kejatuhan dividen tersebut.




Read more ...

Sunday, November 10, 2019

Anak main basikal lajak, ibubapa penjara 5 tahun

Mengikut pengarah ketua bahagian jalan raya Bukit Aman Datuk Azisman Alias, ibu bapa boleh dikenakan tindakkan dibawah seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 jika anak-anak mereka didapati terlibat dengan aktiviti berbahaya " basikal lajak".


Seksyen tersebut memberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman jika ibu bapa tidak menjaga anak dengan reasonable care.



Beliau juga menambah bahawa, ibu bapa yang didapati bersalah boleh berdepan denda maksimum sebanyak RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun.

Jadi kepada semua diluarsana diingatkan untuk menjaga anak-anak anda dengan baik dan sentiasa mengetahui dimanakah dan siapakah yang mereka bergaul .
Read more ...

Rayuan dibuat terhadap kes 8 remaja berbasikal maut dirempuh

Jurual jual yang berumur 24 tahun

Rentetan keputusan yang dikeluarkan oleh magistrate yang membebaskan wanita tersebut. Pihak pendakwa raya telah menfailkan rayuan terhadap keputusan yang dilakukan tersebut.

Keputusan itu dicapai setelah pihak pendakwa raya menjumpai merit dalam kes tersebut. Terdapat beberapa rayuan yang dibuat tentang beberapa isu.





Pihak pendakwaraya telah menfailkan notis rayuan kepada mahkhamah seksyen kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. Antara isu yang telah difailkan adalah

1.Berkaitan tentang soal identiti tertuduh
2.Pencahayaan dilokasi berlaku kemalangan
3.Tertuduh orang yang tidak biasa dengan tempat kejadian.

28 Oktober lalu magistret telah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan memandu secara melulu yang menyebabkan kematian 8 remaja pada 17 Februari 2017.
Read more ...

Friday, November 08, 2019

Zakat berat badan ? Ketua ajaran sesat ditangkap

Seorang warga emas yang berumur 74 tahun ditangkap, lelaki tersebut yang mengaku dirinya sebagai rasul. Lelaki itu juga mengatakan bahawa dia mampu menunjukkan cara yang lebih mudah untuk memasuki syurga.

Lelaki itu ditangkap dibawah kesalah penipuan,pecacatan nikah dan juga penghinaan agama.

Semua ahlinya diminta untuk membayar sebanyak Rp10,000(RM3) sebagai bayaran wajib untuk menyertai kumpulan tersebut. Selain itu mereka juga dikehendaki membayar sebanyak Rp50,000(RM15) untuk mendapatkan kad keahlian kumpulan tersebut. Jumlahnya adalah sebanyak Rp60,000. Tidak cukup dengan bayaran tersebut. ahli juga dikehendaki untuk membayar dua jenis zakat . Iaitu zakat yang mengikut berat badan anda dan juga zakat yang mengikut pendapat anda

zakat berat badan 1kg= RM 1.50

zakat pendapatan =2.5% daripada pendapat ahli


Read more ...

Monday, November 04, 2019

Umobile menipu pelanggan kata pengguna Twitter, mengurangkan kelajuan internet ?

Tindakkan Umobile telah mengundang kemarahan pengguna Twitter. Gambar yang disebarkan diatas menunjukkan bahawa Umobile telah mengurangkan kelajuan Internet mereka bagi sesetengah plan Internet seperti GX30 dan GX50.

Di dalam itu juga mereka mengatakan bahawa speed limit dapat dibuang dengan melanggan "Turbo Booster". Tindakkan ini dilihat sebagai tindakkan yang mengambil kesempatan kepada para pengguna Telco tersebut. Ini kerana tanpa notis yang jelas mereka telah mengubah kelajuan mereka.

Antara pengguna yang marah dengan perubahan tersebut

Selain itu, Telco itu juga telah dikatakan menipu penggunanya apabila telah mengatakan bahawa terdapat gangguan rangkaian , sedangkan ia hanyalah disebabkan perubahan kelajuan tersebut. Banyak pengguna Twitter telah menzahirkan rasa ketidakpuasan hati  dengan tindakkan Telco tersebut.



Read more ...

Wednesday, October 30, 2019

permohonan 7 individu untuk mencabar ditolak (Larangan merokok)

Larangan merokok yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) telah dicabar oleh sesetengah individu yang beranggapan bahawa larangan tersebut menghalang kebebasan mereka untuk melakukan aktiviti merokok.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan mula didengari pada 6 Mei 2019. Ia diketuai dengan peguam iaitu Nasbal Harun yang mewakili 7 individu yang merupakan ahli kelab Pro-Tem Pertahan Hak Perokok. 



Manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Kementerian Kesihatan, yang dinamakan sebagai responden tunggal.



Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan tujuh individu itu terhadap KKM selaku responden, berpendapat bahawa kesemua pemohon telah terkhilaf apabila menyatakan hak untuk mereka merokok akan terhakis sama sekali dengan adanya peraturan larangan merokok berkenaan.

Hakim Mariana berkata responden telah mengambil kira faktor kepentingan awam apabila menetapkan jarak tiga meter bagi membolehkan perokok untuk merokok di premis makan.

"Pemohon-pemohon atau perokok masih boleh merokok di luar pada jarak tiga meter daripada tempat makan dan menjadi tanggungjawab perokok bagi memastikan puntong rokok dibuang di tempat yang disediakan.

"Oleh itu, untuk kesemua pemohon menyatakan bahawa hak mereka telah terhakis dan dicemari dengan larangan merokok di premis makan adalah tidak berasas," katanya.


Dalam permohonan  yang difailkan pada 18 Feb tahun ini, kesemua pemohon yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan Hak Perokok, antara lain, mendakwa bahawa larangan merokok tersebut bertentangan Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan aktiviti jenayah dan aktiviti terbabit sah dari segi undang-undang yang dijamin perlembagaan.

Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makan.

Mereka mendakwa rakyat Malaysia yang merokok secara konstruktifnya diketepi dan didiskriminasi daripada mengunjungi serta menikmati kemudahan di premis makan melalui larangan merokok dan ia bertentangan dengan peruntukan dan prinsip undang-undang dan salah prosedur kerana responden tidak pernah berjumpa perokok atau pihak berkepentingan bagi membincangkan penguatkuasaan larangan.
Read more ...

Saturday, October 19, 2019

Data mengandungi maklumat Bank pekerja Universiti Malaya digodam




Pasca isu Graduan Universiti Malaya yang melakukan tindakkan biadap . Universiti Malaya dikejutkan lagi dengan berlakunya kebocoran data daripada "database" . Data yang mengandungi informasi sulit para pekerja telah disebarkan dan dibocorkan.

Dipercayai sebanyak lebih 6000 data individu telah dibocorkan. Tindakkan yang bermula dengan protes yang dilakukan, berakhir dengan perbuatan yang terkutuk. Perbuatan ini bukan lagi mengganggu gugat dan "annoying". Ia mula menjadi tindakan atau perbuatan jenayah . Jadi nasihat kepada si penggodam, tahniah kerana merosakkan keharmonian di Universiti Malaya (sarcasm).








Tetapi perkara ini bercanggah dengan maklum balas yang diterima daripada Universiti Malaya yang mengatakan bahawa tiada kebocoran data yang berlaku . Jadi kebenarannya masih kabur , siapa yang menipu siapa masih tak tahu.





































Cuma nak nasihatkan , berhenti lah siapa yang buat tindakkan terkutuk ini, ia tidak menyelesaikan masalah. Malah hanya menambah masalah dan ia tidak membantu mana-mana pihak pun.

yang benar - Allz
Read more ...

Sunday, October 06, 2019

Konklusi Kongres Maruah Melayu " Melayu perlu sendiri menaikan maruah melayu" (Pendapat)








Kongres Maruah Melayu, yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Stadium tersebut dapat menampung lebih 15,000 pengunjung. Secara menyeluruhnya Aktiviti tersebut mendapat sambutan baik daripada pihak media.





Setelah habisnya program tersebut,mulalah perang di Twitter. Kita dapat lihat banyak twtitter yang menyangkal isu yang dibincangkan selain itu mereka juga ada juga individu politik yang mempersoalkan keperluan Universiti awam untuk menganjurkan Kongres sedemikian.





Kita dapat lihat bagaima tomahan yang dikeluarkan terhadap tweet tersebut menunjukkan ketidakpuas hatian terhadap mereka.

sambungan


Read more ...

Friday, October 04, 2019

GST" Jika itu kehendak rakyat Kerajaan akan kaji " GST mungkin dikembalikan ?

Putrajaya : Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula mengimplementasi GST. GST merupakan sistem percukaian yang telah ditamatkan pada tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan,apabila mereka berjaya mendapat kerusi majoriti pada PRU 14, ini selari dengan manifesto pada PRU 14 mereka untuk menamatkan sistem percukaian GST .

Meskipun tindakkan ini dilihat sebagai tindakkan U-Turn yang dilakukan oleh kerajaan PH. Tun Dr Mahathir " Kalau ini kemahuan rakyat , kerajaan akan mengkaji semula sistem GST, Jika ia lebih baik daripada SST ".
GST sebelum ini dikenalkan pada tarikh 6 April 2015 adalah 6%. Ia digantikan dengan SST semula pada 1 September 2018 dengan 6% juga.

Malaysian Institute of Economic Research (MIER) berkata" Putrajaya boleh mengimplementasi GST semula dengan kadar lebih rendah iaitu 3%". Ini selari tindakkan untuk meningkatkan pendapat kerajaan. Tindakkan ini wajar bagi memberi reaksi harga minyak yang jatuh ke 36 Dollar satu tong . 
Read more ...

Sunday, September 29, 2019

Selepas 5 hari , mayat dijumpai di sebuah kondominium.

Mayat seorang warga Jepun dijumpai telentang di atas katil biliknya  di sebuah kondominium di Kepong Sentral, Gombak hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Mangsa jugak dipercayai sudah mati sejak lima hari lalu, dan mayatnya hanya ditemui apabila terdapat aduan yang memaklumkan terdapat bau busuk yang datang dari rumah mangsa .



Warga Jepun Berusia 63 tahun itu dikatakan tinggal seorang diri.  Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut .
Read more ...

Saturday, September 28, 2019

Keputusan Inkues kes Muhammad Adib , adakah ini penamatnya ?

Keputusan Makhamah Koroner mengesahkan bahawa kematian Muhammad Adib yang merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya .

Hakim Koroner Rofiah Mohammad yang mengumumkan keputusan itu sebentar tadi berkata ia dibuat setelah meneliti keterangan saksi yang selari dengan kejadian.
"Kita buat keputusan setelah ambil kira keterangan saksi dan setelah meneliti keterangan saksi kes ini jelas melibatkan jenayah," kata Rofiah.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).


- Astro Awani


   Selain itu, inkues ini bukan penamat bagi mengejar keadilan bagi Arwah Muhammad Adib.


Sebaliknya tegas peguam keluarga Muhammad Adib, Kamaruzzaman Wahab, ia adalah permulaan memastikan kematiannya terbela.
“Mahkamah Koroner telah membuat keputusan bahawa berdasarkan keterangan saksi, pakar dan dying declaration dari si mati, membuktikan si mati telah dipukul dan menyebabkan kematian oleh sekumpulan orang. Jadi kami mahu Peguam Negara dan polis menangkap dan mendakwa penjenyaah terlibat di mahkamah sebagaimana disaran mahkamah koroner hari ini.


Astro Awani



Read more ...

Friday, July 26, 2019

Azmin masuk PPBM ?


Setiusaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Azmin Ali menafikan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Parti PKR ,Setiausaha politik itu berkata bahawa itu merupakan satu fitnah yang dibuat oleh siapa yang kalah pada pilihanraya parti.

Spekulasi ini bermula apabila , orang mengatakan bahawa Azmin Ali akan masuk ke PPBM. Ia bermula setelah PPBM membenarkan Bukan Melayu menjadi Ahli parti tersebut. Sesetengah mengatakan ini merupakan langkah yang dilakukan untuk memberi peluang kepada penyokong bukan melayu Azmin Ali masuk juga ke dalam parti PPBM . 

Hilaman Idham yang merupakan ahli Dun Gombak Setia menambah bahawa ia adalah mustahil untuk Azmin Ali keluar daripada parti PKR. Dia telah dipilih secara sah untuk menjadi nombor dua di dalam parti .

Read more ...

Sunday, August 05, 2018

Isu Transwoman masuk surau wanita,menjadi buah mulut penghuni twitter






Gambar yang dimuat naik oleh @haikalclassic

Isunya bermula apabila @haikalclassic memuatnaik gambar tweet wanita berkenaan tentang peristiwanya yang terserempak dengan transwoman di dalam surau , wanita tersebut menulis tweet tentang rasa tidak adil terhadap berbuatan tersebut.






Perbuatan Haikal idris telah menimbulkan kemarahan netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya yang berlawanan dengan norma melayu muslim . Tidakkannya yang menyalahkan tindakkan wanita tersebut menyebabkan dia dikecam oleh netizen.

Antara tweet yang diterima






Read more ...

Friday, July 20, 2018

Kemalangan meragut nyawa Adun BALAKONG


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan yang melibatkan Kenderaan jenis SUV dan juga lori . Mangsa yang dalam perjalanan ke Kajang maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.




Read more ...

Kata Menteri Kewangan ,Lim Guang Eng GST lebih telus ?



  Walaupun tidak dinafikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal memberi impak, namun kesannya jauh lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menteri Kewangan Lim Guan Eng bertegas bahawa pelaksanaan SST tidak akan membebankan rakyat seperti GST.

-Astro Awani
Read more ...

Thursday, July 19, 2018

Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Di halau keluar dari dewan Parlimen

Parlimen |  Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ramkarpal Singh telah diarah keluar setelah enggan menarik balik kenyataanya yang mengatakan bahawa pemuda UMNO sebagai "samseng".

"Untuk memendekkan perkara ini, supaya kita boleh mendengar perbahasan Sungai Petani (Datuk Johari Abdul), kedua-dua anggota parlimen perlu menarik kenyataan tadi.

"Jika tidak, saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya merujuk peruntukan yang membenarkan speaker menghalang anggota parlimen menyertai persidangan selama dua hari.

"Ini cuma perkara kecil. Jangan guna perkataan yang tidak sewajarnya di dalam dewan, kita perlu lebih matang," katanya.
Bagaimanapun, Ramkarpal menjawab: "Saya mohon maaf, tapi saya tidak boleh tarik balik.

Mohamad Ariff kemudian mengeluarkan amaran dan apabila Ramkarpal bertegas dengan pendiriannya, speaker mengarahkan agar anggota parlimen Bukit Gelugor itu diiringi keluar dewan.

Sementara Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataanya dan dibenarkan berada di dalam dewan.
Read more ...

Wednesday, July 18, 2018

Status MH17 , Rusia berkemungkinan berdepan tindakkan undang-undang antarabangsa

Semalam 17 Julai 2018 merupakan tarikh ulang tahun,tahun ke-empat bagi kemalangan yang melibatkan MH17. MH17 merupakan sebuah kapal terbang jenis boeing-777 yang telah ditembak semasa melakukan penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur . Pesawat yang telah ditembak pada ketinggian 33000 kaki itu telah ditembak menggunakan  Peluru berpandu milik tentera russia.


Laporan yang dikeluarkan oleh pihak belanda pada bulan oktober 2015 menunjukkan bahawa kapal terbang tersebut telah ditembak menggunakan peluru berpandu , dan semasa letupan kedua-dua juruterbang yang berada di dalam kokpit meninggal dunia dengan segera.

Laporan yang dikeluarkan ini menafikan semua dakwaan yang dilakukan oleh kerajaan Rusia yang mengatakan bahawa kapal terbang tersebut telah ditembak jatuh oleh pesawat perjuang ukraine yang melepasi kawasan tersebut.

Menteri G7 menuntut agar pihak kerajaan rusia mampu memberikan jawapan releven dan berkemungkinan tindakkan undang-undang akan diambil jika , jawapan itu menunjukan bahawa kerajaan rusia ada melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa
Read more ...

Monday, July 16, 2018

Kecelaruan di Israel , benarkah tanah milik mereka ?

   Konflik antara Israel dan Palestin sudah bermula semenjak tahun 1948 . Banyak siri keganasan yang telah dilakukan daripada dua-dua pihak yang menyebabkan konflik ini dipandang oleh seluruh dunia.Meskipun sudah berlalu 70 tahun, tetapi konflik ini masih menjumpai jalan buntu .

 Bila admin  bertanyakan apakah punca kepada konflik ini , sama ada ini adalah konflik agama ataupun konflik hak asasi manusia ? 19 daripada 27 memilih bahawa konflik ini merupakan konflik hak asasi manusia

Satu perkara yang cukup menarik bagi saya adalah, bila kita tanya kepada orang israel yang fundamentalis agama , kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa ini merupakan tanah mereka kerana ,tanah itu merupakan tanah yang telah dijanjikan kepada mereka yang tertulis dalam kitab mereka. Jika benar itu lah punca kepada konflik ini ,satu kecelaruan mula timbul .

Tahukah anda , negara Israel merupakan negara yang berada di kedudukan tertinggi dalam senarai negara yang mempunyai peratus penduduk atheist , 65 peratus mengatakan bahawa mereka sama ada atheist ataupun tidak percaya kepada tuhan. Daripada dapatan ini ia menimbulkan satu kecelaruan , majoriti negara israel merupakan orang yang tidak mempercayai tuhan , tetapi asas pertama kewujudan negara israel kerana mereka percaya bahawa tanah itu merupakan tanah yang dijanjikan oleh tuhan kepada mereka. 


Israel said that they belong to that land because it is a promise land from god to jewish people. The fact show 80-60% of the israel citizen is atheist ,how irony is that 

Tanah Baitulmaqdis dijanjikan kepada orang yahudi?


Read more ...

Thursday, June 07, 2018

Anak-Anak muda berani menghina institusi raja dan YDPA , Apalah nak jadi dengan malaysia


Kita lihat , konsep Malaysia baru yang dibawa oleh rakyat Malaysia hari ini,nampaknya mempunyai kesan negatifnya, Antara kesan negatif yang diterima adalah sikap anak muda yang semakin berani menghina institusi raja dan YDPA . Tindakkan ini seharusnya diambil tindakkan kerana, ini merupakan satu tindakkan yang disabitkan kesalahan bawah akta hasutan .

   Institusi raja merupakan institusi yang cukup tinggi, tetapi kenapa ramai orang muda pada hari ini mula mempersoalkan dasar dan juga tunjang bagi bangsa melayu itu sendiri. Ingat ,jatuhnya melaka kerana pengkhianatan si KITOL yang akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka dan mulalah era penjajahan terhadap tanah melayu,

   Kita ada hak bersuara dan kita boleh terus maju, tapi jangan lupa nilai melayu yang taat pada rajanya. Sekuat mana pun kita cuba untuk mengintegrasikan diri sebagai masyarakat moden , kita jangan lupa . Raja adalah satu aspek yang penting dalam nilai seorang melayu . 



Read more ...