Home > Posts filed under informasi
Wednesday, March 15, 2017
Gereja pertama yang menyebah Syaitan (Lucifer)
Tuesday, March 14, 2017
Rakyat di Korea Utara terpaksa makan daging anjing ?
Kepimpinan negara Korea Utara yang melarang untuk rakyatnya untuk mempunyai daging lembu untuk dimakan pada hari - hari biasa ,menyebabkan rakyat dinegara itu terpaka untuk menjadikan daging anjing sebagai ganti untuk mendapatkan protein dan juga vitamin yang diperlukan.
Monday, March 13, 2017
Apakah Kekuatan tentera Korea Utara??????
Konflik baru-baru ini menyebabkan orang tertanya adakah Korea Utara merupakan ancaman kepada keselamatan dunia. Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear , mula menggerunkan ramai pihak . Pada hari ini saya akan berkongsi fakta dan kekuatan sebenar Korea Utara .
Mengikut laman sesawang globalfirepower.com kekuatan Korea Utara berada pada ranking yang ke 25 daripada 126 negara . Jumlah penduduk Korea Utara hampir sebanyak 25 juta orang . Korea utara mempunyai 11 juta orang yang sesuai untuk menjadi tentera .
Dalam kekuatan darat pula , Korea Utara mempunyai
Kereta kebal:4200
(SPG):2250
Artileri:4300
(MLPS):2400
Kebanyakkan teknologi ini merupakan teknologi semasa perang dingin , jadi tidak bergitu canggih meskipun mempunyai dalam bilangan yang besar
Kekuatan udara.
Pesawat:944
Helikopter:202
Helikopter penyerang :20
Sama juga seperti peralatan perang didarat kebanyakkan peninggalan perang .
Kekuatan laut .
Frigate:3
Corvattes:2
Kapal selam :70
Kapal penjaga kawasan perairan:211
Kapal periuk api : 23
Walaupun mempunyai kapal selam yang banyak , kebanyakannya hanya kapal selam yang kecil yang kurang berkuasa
Segala maklumat di atas hanya informasi yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh buruk
Friday, February 10, 2017
Robot yang boleh melakukan pembedahan ?
Pakar bedah di Pusat kesihatan di Universiti Pittsburgh telah membuat satu langkah yang cukup besar dalam dunia perubatan apabila mereka berjaya mengunakan robot fleksible dalam membantu mereka melakukan pembedahan untuk membuang tumor yang berada dibelakang lidah pesakit.
Dr.Maria Simbra berkata bahawa kelebihan robot ini adalah kefleksiblelannya yang cukup tinggi menyebabkan ia dapat membantu pakar bedah dalam melakukan pembedahan untuk bahagian badan yang mempunyai rongga yang kecil.
Robot ini telah dibuat di Pusat Kesihatan di Universiti Pittsburgh dan ia telah dibenarkan untuk digunakan di beberapa negara di eropah dan juga di negara Amerika Syarikat
Pencapaian ini merupakan satu langkah yang besar dalam memajukan bidang perubatan . Robot yang mempunyai fleksible ini dapat digunakan semasa melakukan pembedahan di bahagian badan yang mempunyai ruang yang kecil.Selain itu robot yang mempunyai ketepatan yang tinggi mengurangkan peratus kesilapan berlaku
Thursday, February 09, 2017
Tarikh-tarikh yang penting bagi pelajar lepasan spm dan juga stpm
Kenapa hospital mengupah pelakon untuk berlakon sakit ?
Di Eistein Medical Center ,terdapat satu program di mana doktor di sama merupakan pelajar perubatan ,manakala pesakit mereka adalah pelakon yang terlatih.Cara ini telah digunakan di seluruh negara Amerika Syarikat untuk memantu pelajar perubatan dalam mempelajari secara praktikal.
Terdapat banyak pusat-pusat perubatan di seluruh negara menggunakan cara ini.
Pelakon yang diupah ,perlu berlakon dengan baik seakan-akan mereka sakit dan memerlukan bantuan seorang doktor , dengan cara ini ia dapat meningkatkan prestasi pelajar perubatan dalam kemahiran mereka untuk melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit mereka .
Selain itu , mereka juga diajar untuk menenangkan ahli keluarga yang baru kehilangan orang yang tersayang . Mereka perlu berlajar sedemikian ,kerana tugas doktor bukan hanya merawat. Tugas doktor lebih lagi daripada sekadar merawat.
Sebelum semua pelajar menghabiskan pembelajaran mereka,mereka perlu lulus dalam ujian yang berstandard untuk mendapatkan sihil perubatan mereka.Cara ini dapat meningkatkan konfiden dan kemahiran para doktor muda dalam menempuhi dunia yang sebenar.'Saya ingat lagi semasa kali pertama saya merawat pesakit ,saya hanya terkaku dan hanya mampu mengatakan hai nama saya Mike'kata seorang pelajar perubatan .
Disamping itu, dengan adenya cara ini pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran mendapatkan informasi dan menganalisi informasi tersebut ,agar mereka dapat mengetahui penyakit yang dialami oleh pesakit dengan lebih tepat di masa akan datang.
Wednesday, February 08, 2017
Arak lebih berbahaya daripada ganja ?
Arak dikatakan digunakan untuk mengurangkan kesakitan ,tetapi ia telah membawa banyak masalah daripada kebaikan . Tahukah anda ganja pada zaman dulu sebelum pengharaman nya di negara Amerika Syarikat ganja digunakan sebagai ubat.
Meskipun ganja itu kurang berbahaya daripada arak ,ia tidak bermakna ganja itu baik untuk kesihatan ,kerana masih ade penyakit yang berpunca daripda pengambilan ganja.
Peringatan:Artikel ini hanya untuk informasi bukan untuk menggalakan pengambilan ganja ,penulis tidak bertanggunggjawab keatas penyalahan pengunaan barang terlarang ini . Penulis mengesa supaya kerajaan mengharamkan penggunaan arak serta merta kerana banyak membawa padah
Tuesday, February 07, 2017
10 keluarga terkaya didunia . sungguh menakjubkan
Monday, February 06, 2017
Lebuhraya elektrik pertama di Sweden ?
Friday, February 03, 2017
Gambar konsep Iphone 8?..
Gambar yang ditunjukkan merupakan idea awal dan konsep yang dikeluarkan
.ia merupakan satu perubahan yang drastik pada saiz skrin dan juga pada butang utamanya .
Bagi admin Apple sepatutnya boleh melakukan sesuatu yang lebih dan dengan konsep ini admin percaya Apple dapat memberikan yang terbaik kepada pengguna
Teknologi yang mampu mengumpulkan air daripada udara ?
Wednesday, February 01, 2017
Saintis berjaya mencipta hibrid manusia-khinzir
Kejayaan ini dikatakan dapat membantu bidang perubatan secara mendadak . Mengikut laporan sebanyak 22 orang mati disebabkan ketiadaan organ untuk diderma . Ini menunjukan bahawa banyak nyawa boleh diselamatkan jika bidang perubatan pada hari ini dapat mencipta organ yang dapat dipindahkan ke pada mangsa atau pesakit
Teknologi ini mungkin akan mengubah dunia perubatan kerana pesakit yang memerlukan organ untuk terus hidup tidak perlu lagi menunggu penderma untuk menderma , ia boleh dibuat secara sains
Monday, January 30, 2017
Tahukah anda menjadi Presiden Amerika Syarikat lebih berbahaya daripada pembalak
Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan yang tertinggi dalan pentadbiran negara besar itu. Siapa yang menjadi Presiden Amerika Syarikat dikirakan sebagai orang yang paling berkuasa didunia.
Presiden Amerika Syarikat mempunyai peratus untuk mati daripada pekerjaan lain . Dikatakan Presiden Amerika Syarikat juga mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mati daripada pembalak
Contohnya , Presiden Amerika Syarikat yang mati dibunuh John F. Kennedy yang dibunuh di dalam perarakan. Presiden itu mati dibunuh dengan penembak hendap .
18.18 peratus untuk seseorang presiden itu mati dibunuh didalam perkhidmatannya . 4 orang Presiden mati dibunuh , manakala selebihnya mati secara semula jadi . Jni bermakna 9% Presiden yang berkhidmat mati dibunuh.
Senarai presiden Amerika Syarikat
Sunday, January 29, 2017
Apakah sebab manusia hidup didunia
Ramai manusia masih mencari siapakah dia di dunia in. Mungkin kata-kata yang tidak seberapa ini dapar mengungkap kehidupan seorang manusia didunia
Jika dunia ini permainan, aku siapa ? Hanya watak sampingan atau lebih. Aku pernah terfikir apakah guna duniawi. Kadang - kadang aku terfikir bilakah lawatan aku akan berakhir. Aku mahu menjadi sesuatu di dunia . Tapi aku tenggelam dalam keinginan sendiri . Tiada guna aku berusaha kuat sekalipun , kerana aku adalah watak dalam permainan ,ada penamatnya. Aku tak boleh lari daripada mati . Bila cari kemahsyuran aku lupa, aku lupa ukhrawi . Tapi bila aku fikir ukhrawi aku takut kematian. Mati ,apabila ini aku fikirkan aku rasa hina seolah-olah aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa didunia ini . Tetapi akhirnya aku tahu aku bukan nya watak utama dalam permainan . Aku adalah pengembara . Beribadat seperti besok aku mati dan bekerjalah seperti aku hidup seribu tahun lagi .
Manusia sebagai pengembara . Masa mengejarkita . Sebarkan kata-kata ini agar kita lebih kenal kita siapa . Supaya rakan tiada lagi duga yang bertahta
Saturday, January 28, 2017
Isu Israel dan Palestin ,salahkah Israel ?
Apabila kita berbincang tentang isu Palestin dan Israel pasti banyak pendapat yang saling bercanggah .Pro Palestin akan terus menyalahkan Israel manakala Pro Israel akan menyalahkan Palestin . Persoalannya sebelum kita pergi kepada topik utama dalam perbincangan ini . Kita harus tahu perberzaan antara Yahudi dan juga zionis
'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union
'Dunia sedang bersedia untuk peperangan' kata Mikhail Gorbachev iaitu bekas ketua Soviet Union.Selain itu, di juga berkata' Lebih banyak tentera dan kereta berperisai diletakkan disempadan. Perkara ini menimbulkan ketegangan antara satu sama lain.
Disamping itu, beribu askar Amerika Syarikat telah di hantar ke eropah timur baru-baru ini,
Ini merupakan satu gerakkan yang dilakukan semenjak berakhirnya perang sejuk 'Cold War'
.Walaupun Amerika Syarikat pernah membuat persetujuan untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear mereka , perkara ini seperti telah bertentangan setelah Presiden Trump mula menghidupkan semula sejata nuklear yang pernah dibuang .Perkara ini telah melanggar polisi yang pernah digunakan oleh Amerika Syarikat
Mikhail Gorbachev
Presiden Trump juga memberi tahu bahawa beliau berminat untuk mengembangkan senjata nuklear Amerika Syarikat . Walaupun perkara ini bertentangan dengan polisi Amerika .
Friday, January 27, 2017
Berita tergempar Kumpulan Illuminati mula membuat 'Website' secara public
Kumpulan Illuminati sering dikenali sebagai golongan elit yang mengawal dunia ini.
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu laman sesawang yang mengenalkan dirinya sebagai "Real Illuminati" dan mengatakan bahawa kami sentiasa memerhatikan kalian semua . Laman sesawang yang mendapat lebih 14000 pengikut itu mempunyai juta lawatan daripada penduduk seluruh dunia
Thursday, June 09, 2016
Ada Yang Marah Saya Kata "Kenduri Kawin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki", Mari Saya Bagi Cadangan - Perunding Hartanah
Setiap pasangan yang berkahwin, sudah semestinya menginginkan yang terbaik pada hari perkahwinan mereka, ada yang mahu dilakukan besar-besaran sehingga memerlukan belanja puluhan ribu ringgit dan ada yang tidak kisah mengadakan kenduri ikut kemampuan sendiri.
Ada juga keluarga pihak pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang tinggi tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri dan ada juga segelintir ibu bapa pihak perempuan menggunakan wang hantaran untuk diadakan kenduri.
Ketahuilah yang menyediakan kenduri kahwin itu sebenarnya tanggunjawab ibu bapa, tidak kisah lah mampu atau tidak, jika tidak mampu, adakan kecil kecilan berdasarkan kemampuan kita.
Ini kerana wang hantaran berkenaan seeloknya dirancang untuk kehidupan anak selepas berkhawin dan tinggal bersama psangan mereka iaitu menantu kita sendiri.
Dikongsikan panduan untuk menguruskan wang hantaran sebaiknya oleh perunding hartanah, Saudara Azizul Azli Ahmad, beliau terlah berkongsikan satu tips yang cukup berguna kepada pasangan yang baru atau akan berkahwin diluar sana.
Jom kita baca.
PANDUAN GUNA DUIT HANTARAN
1. Bila ada yang marah marah dan hantuk kepala bila saya kata "Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki", izinkan saya beri cadangan.
2. Jika hantaran kita RM15 000, takkan kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto saja.
3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.
4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira hutang yang berjela jela.
5. Tetamu makan tak habis buang merata rata. Bakal suami himpun duit RM15 000 sampai nak keluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.
6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu 'kewajipan' ibubapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.
Jika tak mampu kata Ustaz Kazem buat makan nasik lemak sahaja
7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?
8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100k lagi.
9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10%).
10. Bayaran lawyer, jurunilai, setem hasil sekitar RM3700 sahaja. Jumlah semua RM13700 dan masih da baki RM1300 lagi.
11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tak da lagi mintak tambah RM700 bagi jadi RM2000.
12. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1000)
13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia.
Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.
14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.
15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.
16. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan nak 'poyo' sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.
17. Masyarakat Kelantan Terengganu dah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama lama 😂. Saya lagi suka
18. Rancang duit hantaran nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu 'upload' dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja.
Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah
- Siakapkeli.my
Wednesday, March 16, 2016
8 Benda Yang Boleh Anda Beli Jika Berhenti Merokok Mulai Hari ini
RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.
Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.
Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.
Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.
1 - Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)
Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.
2 - Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)
Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada.
3 - Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)
Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.
4 - Jika anda berhenti selama 6 bulan : (RM 3,111)
Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena 'topup' RM88 atau tahan lagi seminggu.
5 - Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)
Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.
6 - Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)
Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor.
7 - Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)
Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji.
8 - Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)
Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.
Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.
Popular Posts
-
Korang pasti mengenali dengan watak-watak diatas. Meskipun ia selalu dikaitkan dengan benda-benda yang positif. Tapi sedar atau tidak sedar ...
-
Assalamualaikum dan Hai ,hari ini Allz nak cakap pasal harga diri. Sesetengah manusia sekarang ni merasakan diri mereka sudah tidak m...